Gambar: Carian google
Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang
mempunyai rasa manis semulajadi. Ianya telah dijumpai lebih 1,500 tahun dahulu
oleh masyarakat Guarani di Amerika Syarikat.
Sejak pertemuan itu, daun stevia
telah digunakan secara menyeluruh di Brazil dan Paraguay sebagai pemanis
minuman, dan kesihatan.
Rasa manis stevia sangat tinggi malah lebih tinggi dari
rasa manis gula pasir. Apabila disuling, rasa manis stevia boleh menjadi 30x
hingga 400x ganda berbanding gula pasir. Menariknya mengenai gula stevia, ianya
tidak mempunyai kanji, bebas kolestrol, kosong kalori dan karbohidrat.
Rasa
manis stevia datang dari “steviol glycosides” iaitu dari “stevioside” dan
rebaudioside”, dan bukannya dari glukos seperti gula biasa. Ini menjadikan gula
stevia unik dan lebih berkhasiat. Malah gula stevia mula dikenali sebagai gula
sihat dan diamalkan oleh pengamal kesihatan atau pesakit diabetes terutamanya.
Rasa
manis stevia seakan-akan gula pasir, namun adakalanya rasa manis stevia agak
pahit dan mempunyai rasa “aftertaste” yang mungkin agak kurang enak pada
sesetengah orang. Faktor penyulingan yang betul mampu menghilangkan rasa “aftertaste”
tersebut. Daun stevia pula boleh terus direndam ke dalam air minuman panas bagi
mendapatkan rasa manisnya, dan dimakan begitu sahaja sebagai “salad” atau
ulaman.
Eksperimen gula biasa dengan gula stevia terhadap semut.
Stevia adalah stabil pada suhu tinggi, sehingga 200 darjah
Celcius, stabil pH, bersifat alkali tinggi malah tidak basi. Selain itu, stevia
tidak disukai oleh rakan semut.
Kajian demi kajian telah dijalankan terhadap
gula stevia dan telah mendapati pelbagai sifat positif bagi aspek kesihatan,
kecantikan serta mampu menurunkan berat badan.
Stevia telah diiktiraf sebagai
pemanis gula sihat oleh pelbagai Negara luar, dan Negara Brazil dan Jepun
terutamanya menggunakan gula stevia hampir menyeluruh. Di Jepun, stevia
digunakan di dalam kicap soya, minuman kotak, termasuklah produk minuman bergas
Coca-Cola. Hampir 60% penggunaan gula stevia digunakan di Negara Jepun. Berikut
adalah senarai Negara yang telah menggunakan gula stevia sebagai pemanis gula
bagi menggantikan gula pasir.
Saya kongsikan produk-produk gula stevia yang telah berada
di pasaran, luar Negara dan di dalam Negara (lihat gambar di bawah).
Gula
stevia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sama ada daun kering, serbuk, Kristal
seperti gula biasa atau ekstrak cecair. Antara ke empat-empat jenis gula stevia
ini, pilihan terbaik ialah menggunakan gula stevia dalam ekstrak cecair kerana
ianya mudah digunakan, senang larut, tidak memerlukan penggunaan air panas,
tidak memberi kesan sampingan kepada buah pinggang berbanding serbuk.
Mari saya ringkaskan sifat gula stevia dan kebaikkannya dalam perubatan dan kesihatan tubuh badan.
Sifat Gula
Stevia
|
Sifat Gula
Stevia dalam kesihatan
|
Kandungan
Vitamins & Mineral
|
- Pemanis
semulajadi tanpa kalori, karbohidrat, kanji dan kolestrol
- Rasa
manis 30x – 400x dari gula biasa
- Gula
stevia berasal dari stevioside bukannya glukos
- Tiada
toksid
- Tiada
kesan sampingan terhadap tubuh badan
- Gula
stevia tidak tersimpan di dalam badan seperti gula biasa (ianya dicerna terus
dari badan melalui pembuangan air kecil atau air besar)
- Tidak
menghasilkan glukos
- Gula
stevia selamat diamalkan oleh semua peringkat umur (bayi hingga orang tua)
- Gula
stevia ialah satu-satunya gula sihat yang ada di pasaran.
- Tahan
suhu panas sehingga 200 darjah Celcius
- Sesuai
untuk minuman dan masakan
- Non
fermentative (tidak basi)
- Tidak
disukai semut
|
Stevia
mempunyai fungsi therapeutic (perubatan)
- Anti
keradangan (mengurangkan kesan keradangan/inflamasi/eczema)
- Anti
kulat
- Anti
mikrobakteria
- Anti
septik
- Anti
tumor (kesan anti oxidant)
- Anti
penuaan (awet muda)
- Anti
hyperglycemia (menurukan paras gula dalam darah)
- Anti
kaviti
-
Menstabilkan kandungan gula dalam darah
- Anti
diarrheal (merawat cirit birit)
- Diuretic
(mengawal kandungan air dalam badan)
- Anti hypertensi
(menurunkan tekanan darah
-
Immunomudolatory effect (meningkatkan imun badan terhadap kuman)
-
Membekalkan tenaga (oksigen)
- Mencuci
darah
- Mencuci
usus
- Merawat
pelbagai jenis penyakit akibat penggunaan gula pasir
- Mencuci
buah pinggang
- Dilates
blood vessel
-
Menurunkan berat badan
- Mencuci
toksin berlebihan dalam badan
-
Menenangkan fikiran
- Membantu
mengurangkan kolestrol
-
Melegakan sakit perut, pedih hulu hati
- Membantu
menggalakkan penyerapan kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang
-
Meningkatkan platlet darah dalam badan
|
Mineral:
- Magnesium
- Zinc
- Iron
- Kalsium
- Sodium
- Phosphorus
Vitamins:
- Acid
Folic
- Vitamin
C
- Vitamin
B2
|
Gula sihat daripada tumbuhan stevia semakin mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia. Peningkatan trend terhadap penyakit Diabetes juga dilihat semakin membimbangkan.
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa penggunaan harian gula biasa terutamanya gula pasir patut diberhentikan secara menyeluruh. Saya berharap agar dengan entri ini dapat membantu anda semua membuat keputusan yang sihat untuk diri anda serta seisi keluarga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan