WHAM Diari: Ke HTAA Hari Ini

Teks: Emme Marina Mohamad


Hari ni ialah hari temujanji di hospital besar kuantan (HTAA) ampuan afzan. Sempat lagi saya menulis di blog, risau nanti tidak ada kesempatan bila lewat masa di sana.


Temujanji yang ketiga kali ditunda, gara-gara asyik terlupa. Yang paling teruk sekarang ini, saya tidak tahu di mana saya letak buku temujanji saya. Adakah akan dimarahi? Doakan "checkup" saya hari ini berjalan dengan lancar, tidak dimarahi, dan tiada berita buruk ya. Temujanji ultrasound hari ini, kemudian mungkin akan singgah ke klinik tuk buat UPT. Sahaja nak cek, kalau-kalau ada insan dalam perut kempis ni. 


Jadi, pagi-pagi hantar anak bongsu ke taska tuk beberapa jam, dan anak kedua akan bersama saya. Jimat sedikit. Haruslah berjimat sehari upah jaga anak sahaja sudah berapa. Semoga ketemu lagi.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan