Sebagai Seorang Ibu, Saya Pilih Gula Sihat Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: RCC global


Transformasi tidak tertakluk kepada politik negara sahaja


Tetapi pilihan yang tepat buat keluarga anda.


Di rumah, saya merupakan "mem" di dapur. Dan pastinya saya sentiasa inginkan yang terbaik buat keluarga saya. Saya sendiri bukanlah pakar nutrisi yang terbaik tetapi kalau bukan saya yang tentukan siapa lagi? Kita sendiri sedia maklum, anak-anak kecil sangat tertarik kepada segala jenis manisan terutamanya gula-gula. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting bagi tumbesaran anak-anak serta pemilihan pemakanan anak-anak. Jika, anda semua sedar akan keburukkan dan bahayanya kesan pengambilan gula terhadap tubuh badan kita terutamanya gula biasa ini. Tidak mstahil anda akan terus berhenti memberi segala jenis gula demi menjaga kesihatan anak-anak tersayang. Sayang bukan bermakna menuruti segala kesukaan anak-anak, tetapi memilih yang terbaik dan ianya bermula dari dapur.


bila nak bgi anak-anak makan, saya pikir nak bagi anak sihat atau rosak??


Gula pasir diproses daripada gula tebu merupakan makanan perasa yang tiada zat mahupun vitamin yang boleh diberikan kepada anak-anak kita, malah jika kalau anak sakit makan lagi pemakanan yang mempunyai kandungan gula, berkemungkinan akan bertambah teruk disebabnya gula berupaya mengganggu imunisasi sistem badan dan menghalang vitamin serta kalsium agar boleh diserap oleh badan. Selain tu saya juga sangat tidak menggalakkan anak-anak makan coklat ataupun gula-gula kerana ingin menjaga gigi mereka. Mana tidaknya, zaman kanak-kanak saya penuh dengan makanan manis natijahnya gigi saya penuh lubang, rosak dan saya terpaksa menanggungnya sehingga kini. Haru bukan?


Dah jadi ibu.. kenalah jaga anak baik-baik pula


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan