Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad
Sejak beberapa bulan yang lalu, kami telah menjaga 2 ekor kucing parsi yang kami bawa pulang dari kampung. Keduanya kucing jantan. Nama mereka Cinnamon dan Ginger. Menarik kan namanya? Adik sayalah yang namakan begitu, dulu semua kucing kami dinamakan seperti nama jepun. Kucing pertama parsi yang saya jaga dan origin kepada kucing yang sekarang diberikn nama Mica. Kucing betina dengan 3 kaler. Rindu jugak saya padanya. Hilang semasa di kampung.
Sekarang Ginger pula yang hilang. Salah kami juga balik ke kampung dan dibiarkan kucing kami merayau selama 2 hari. Jika tidak mereka ini tidak akan kemana melainkan bermain di sekitar rumah. Sedoh juga saya tengok Mon-mon keseorangan. Selalunya waktu pagi begini, mereka bermain berdua, tidor juga berpelukan berdua.
Kemanalah kamu Ginger. Saya rasa mungkin sudah diambil orang. Ramai yang nak kucing saya yang sekor ni, bulunya lebih lebat dan gebu serta badannya besar dan gemuk. Sudah masuk hari ketiga, masih juga tidak pulang. Saya harap sesiapa yang mengambilnya tu tolonglah jaganya dengan baik. Bagi makan yang bagus-bagus, ialah kucing bulu manja ni salah jaga boleh mengakibatkan keguguran yang teruk. Propa kan? Masih menanti kepulangan Ginger. Pulanglah Ginger, Mama janji takkan biarkan kamu duduk luar merayau lagi kay. Kesian pada Mon-mon, hari-hari duduk mengadap pintu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan