Wham Diari: Harijadi Kakak dan Bermanda di Pantai Sepat

Teks:Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad

Semalam 23 Ogos merupakan tarikh hari lahir anak sulong kami, Balqis Mia Kiyora binti Anuar. Dilahirkan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada jam 4.52 petang. Pada bulan Ramadhan. Itu pun selepas overdue 4 hari dari tarikh jangkaan. He. Mengimbas kenangan pula mama ni bukan?
Sudah 5 tahun usia kakak sekarang. Personaliti juga sudah mula terbentuk. Seorang yang nampak lembut tetapi garang, suka tiru jadi mama dan membebel pada adik-adiknya. Wajah yang matang tetapi badannya halus kecil. Saya suka lihat senyuman kakak, nampak lesung pipit di pipi kiri. Manis sekali.

Semalam juga kami sekeluarga menyambut hari jadi kakak yang ke 5 tahun di Pantai Sepat, Kuantan. Memandang sudah lama tidak bawa anak-anak bermandi-manda saya pujuk-pujuk juga suami untuk bawa anak-anak bermandi. Walaupun sekarang musim hujan di Pahang tetapi apabila kami sampai semalam. Ramai sungguh orang yang datang berpiknik dan bermandi-manda di situ. Anak-anak dah tak sabar untuk turun bermandi laut dan ini juga kali pertama bagi anak yang bongsu bermain di air. Nampak sangat kami sudah jarang bercuti. Saya suka lihat anak bermandi di pantai atau kolam walaupun saya jarang ikut serta.

Alhamdulillah, lihat anak gembira merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Biasanya hari sabtu dan ahad saya tidak berniaga. Off semua business dan tumpukan pada keluarga. Keluarga kitalah harta yang tidak ternilai bukan? Lagipun duit yang banyak hendak diberikan pada siapa selain daripada anak-anak tercinta. Sejak jadi pengurus online Kelas Coaching Asas Blog ni, Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari. Bisnes secara teratur, menguruskan masa. Saya orang baru di alam perniagaan, semoga Allah memberkati urusan saya dan perniagaan ini. Saya juga nak jadi surirumah berjaya dan bekerjaya. Amin



Gembira dapat lihat anak-anak dan suami bersama. Dah lama ajak suami turun ke pantai. Seronok kan bersama keluarga?


3 orang puteri kesayangan saya, kecil tapi lasak! 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan