Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: Irfan Khairi
Sumber: Irfan Khairi
Blog jutawan internet Irfan Khairi selalu memberikan inspirasi yang amat membina bukan sahaja bagi kalangan usahawan baru tetapi usahawan lama sekalipun. Hari ini entry saya berkisar mengenai cabaran-cabaran popular yang sering menjadi gangguan kepada usahawan baru terutamanya yang sebelum ini tidak pernah berniaga tetapi ingin cuba berniaga.
Melalui program akademi berkerja di rumah dan usahawan gula stevia. Kami dapati ramai di antara agen/ usahawan ini merupakan orang baru. Berniaga merupakan salah satu pendapatan yang kita boleh jalankan sama ada secara part time atau full time. Juga ianya boleh dijalankan secara online dari rumah anda. Oleh sebab itu, peluang berniaga bersama akademi bekerja dari rumah dan menjadi usahawan gula stevia merupakan program yang menjadi tumpuan ramai tidak kira usia, wanita mahupun lelaki. Tiada sekatan atau syarat khas untuk menyertai kami.
Mari saya kongsikan 4 cabaran utama yang bakal anda alami supaya kita sama-sama dapat menjadikan cabaran ini sebaliknya.
1. Tak tahu nak mula di mana?
Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).
Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!
Di akademi bekerja dari rumah, selain anda dibimbing melalui kelas online kami bagaimana bahasa penulisan memainkan peranan penting dalam perniagaan, anda diajar bagaimana menjadikan blog anda sebagai lubuk duit anda. Begitu juga jika anda memilih produk gula stevia sebagai bisnes anda, kami sudahpun menyediakan pelbagai platform bagi anda memulakan perniagaan dengan lebih efektif dan berkesan.
2. Takut bukan pakar
Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Irfan Khairi juga bermula bukan sebagai pakar namun pengalamadan banyak percubaan menjadikan beliau kini pakar di dalam perniagaan internet.
Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?
3. Nanti orang kata kita gila
Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.
Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!
4. Takut gagal diri dan keluarga
Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.
Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan