Asas Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign.

Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa tiga bulan selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya, rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.

Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania bersama dengan mama.

Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup sebagai surirumah beranak satu. Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.

Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.

Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, Facebook dan Instagram. Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja. Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.

Asas persediaan berhenti kerja.

1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.
2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja.
3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.
4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.

Kelebihan bekerja sendiri

1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign.

Promosi EBOOK SEPTEMBER MASIH BERLANGSUNG
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan