Bahaya Gula Kepada Kesihatan

Tahukan anda?
5 makanan putih yang wajib anda KURANGkan!

Hidden GULA yg anda tak sedari, silent killer

==#==#==#==#==#==#==#
Kurangkan 5 makanan putih
==#==#==#==#==#==#==#

1. Nasi - nasi akan diproses menjadi GULA. Gula berlebihan adalah punca penyakit diabetis yg akan membawa kpd darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Makan nasi sekali sahaja sehari sudah memadai. Sebagai alternatif pilihlah beras perang atau "unpolished rice".

2. Tepung - tepung dihasilkan daripada gandum yang juga akan diproses menjadi GULA. Pilih tepung atta sebagai ganti kerana tepung atta dihasilkan daripada kekacang bukan gandum.

3. Susu pekat manis - susu pekat manis adalah "ibu" GULA. Dihasilkan daripada isirong kelapa sawit bukannya susu yang sebenar pun. Pilihan terbaik ialah susu kambing asli, jika tak dapat yang segar yang tepung pun bagus. Susu kambing kaya dengan antibodi dan mudah dihadam. Pastikan ia betul asli tiada campuran lain.

4. GULA PUTIH - gantikan dengan madu asli organik, gula melaka, gula perang atau stevia. Apapun tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan/minuman.

5. Garam - pilih garam bukit atau garam laut dan elakkan menambahkan garam ke dalam masakan ketika ia masih panas kerana ia akan memusnahkan khasiat garam itu.

Tambahan:
* Menurut kajian yang dijalankan oleh IJN, individu yang mengambil teh tarik dan roti canai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berisiko menghidap penyakit jantung pada usia 30 tahun.

* Air kelapa sangat baik untuk diminum kerana ia bersifat alkali, dapat meneutralkan asid di dalam perut. Elakkan air berkarbonat kerana kandungan gulanya sangat tinggi!

* Makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda juga amat baik untuk dijadikan menu harian inshaAllah^^

Umat Islam WAJIB jaga kesihatan kerana tubuh badan ini adalah amanah dan ia hanya dipinjamkan kepada kita oleh Allah s.w.t

Sumber: Dr Hasni Mohammed (CEO Sek Islam Adni)

5 makanan putih ini Sebenarnya boleh ditukar dengan pilihan yang lebih baik. Contohnya beras putih kepada beras perang atau beras "unpolished". Ianya mengenai pilihan kita sebagai pengguna bijak.

Bagi gula putih kita boleh terus bertukar ke gula sihat stevia di mana ianya adalah lebih sihat dan mempunyai sifat yang berlawan dengan gula putih.

KELEBIHAN-KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA

♡Mengimbangi kandungan gula dalam badan
♡Meningkatkan kadar tenaga dalam tubuh badan
♡Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda
♡Sebagai pemanis semula jadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan wanita
♡Membantu menurunkan kadar gula dalam darah. ( Sesuai untuk pesakit diabetis, kencing manis, jantung, Hypoglycemia)
♡Membantu menurunkan tekanan darah (Untuk pesakit darah tinggi)
♡Membantu system penghadaman badan
♡Membantu mereka yang mengalami masalah Isomnia
♡Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan(Obesiti)
♡Berupaya menurunkan berat badan

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan