Tips Kuruskan Badan dengan Gula Stevia

Alhamdulillah, hari ini kita semua masih lagi diberi peluang untuk sihat dan cemerlang. Cuaca jerebu makin teruk di sini, risau juga melihat udara yang berkabus dan berbau setiap hari. Semoga keadaan jerebu di Malaysia semakin pulih. Kita semua doakan yer.

Mari hari ini saya mahu kongsikan tips untuk menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang supplement tahu. Hanya bertukar ke gula sihat stevia in shaa Allah, lemak-lemak degil yang bersarang dalam tubuh badan kita tu, kita nyahkan betul-betul yer. Tidak perlu bersusah payah lagi untuk kumpul wang banyak-banyak dan dibazirkan pada produk-produk yang kita tidak pasti dari mana asal usulnya. Cuba dahulu cara ini.  Ianya dijamin sangat selamat malah ianya baik untuk kesihatan tubuh badan. Dan paling menarik ialah ianya boleh dikongsi seisi keluarga. 

Sediakan bahan-bahan ini
Buang kulit buah-buahan ini. Hiriskan semua bahan selepas itu dicuci dengan bersih.

Bahan-bahan:
Lemon 1 biji , epal hijau setengah biji
Halia muda 2inci , timun jepun 2inci
stevia

Cara-cara:
Semua tu masukkan dalam bekas air (1.5liter atau 2liter)
Tuangkan air ke dalam bekas air dan pastikan bahan tadi sudah terendam.
Kemudian, simpan semalaman air berisi hirisan buah-buahan ke dalam peti sejuk.
Esoknya sedia untuk diminum.
Minum sampai habis dan jika ada dlm 300ml , anda boleh tambah sahaja untuk kali kedua untuk cukupkan kadar minuman seharian anda.

Cuba amalkan tips ini sepanjang 30 hari.

Selamat mencuba
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan