3 Langkah Mudah Menjalankan Perniagaan dari Rumah


Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: Yoursupermon (youtube)

Berniaga nampak seperti mudah, iklankan sahaja mungkin ada yang mengena. Namun sebenarnya ia bukanlah sesenang yang kita nampak pada mata kasar. Menjadi surirumah serta mengendalikan kerjaya pada masa sama memerlukan daya fokus, latih tubi dan disiplin yang tinggi.

Ada pula anak yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Tugasan sebagai surirumah. Semuanya membuatkan kita tidak mampu bekerja seperti mana mereka yang fokus pada satu tugasan sahaja. Mari kita dapatkan tips-tips dari mereka yang telah berjaya. Video merupakan perkongsian bagi bisnes rangkaian surirumah yang paling meletup masa kini, iaitu Shaklee. Bukan saya ingin kongsikan produk ya namun mereka merupakan antara usahawan-usahawan surirumah yang amat berjaya. Mari kita ikuti tips dan panduan surirumah berjaya ini.

 

Dalam video tersebut, kita boleh simpulkan 3 intipati paling utama yang perlu diketahui oleh bakal surirumah yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah. Semoga tips ini dapat membantu anda, bagi mendapatkan gambaran penuh bagaimana kejayaan surirumah ini ditempa. Ianya melibatkan usaha, kerajinan, disiplin dan matlamat yang jelas. 

3 Langkah Mudah Bagi Surirumah Bekerja di Rumah 

Baiklah, walaupun kita ini ada superpower, tapi tips-tips di bawah ini pasti dapat membantu kita untuk lebih terurus dalam menjalankan bisnes online dari rumah.

1. Tidur lewat, bangun awal

Bekerja dengan anak kecil memang mencabar, kerana perlakuan si kecil adalah sangat ‘unpredicctable‘. Ada masa mereka gembira bermain sendiri, dan di masa lain pula mereka asyik menangis dan ingin perhatian penuh. Jadi daripada kita terus mengeluh dengan ‘masalah’ ini, adalah lebih baik jika kita mencari jalan keluar yang sesuai. Caranya, kita perlu tidur lewat dan bangun awal dari anak-anak. Dengan cara ini, kita akan ada banyak masa sendiri untuk menguruskan hal-hal bisnes dengan cepat dan produktif.

2. Sediakan ‘to-do list’

To-do list ini memang sangat penting kerana ianya membantu kita untuk kekal fokus dan tidak bercelaru. Sediakan to-do list ini sebelum tidur. Dan apabila bangun pagi, cuba selesaikan perkara paling ‘berat’ sekali di dalam list tersebut. Teruskan momentum bekerja kita dengan sentiasa melihat kepada list ini. Cuba untuk selesaikan kesemua perkara yang ada di dalam list tersebut secepat yang mungkin. Di sinilah pentingnya kenapa kita perlu bangun lebih awal dari anak.

bisnes online untuk surirumah

3. Anggap diri sebagai wanita berkerja

Antara perkara yang dilakukan oleh wanita yang bekerja di luar adalah mereka cuba selesaikan kebanyakan hal-hal rumahtangga pada hujung minggu. Misalnya, mereka akan membasuh dan menggosok baju bekerja pada hujung minggu. Mereka juga akan menyediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah yang lain akan siap-siap dipotong dan dimasukkan dalam bekas untuk sekali masak. Menu mingguan juga sudah ditetapkan awal-awal lagi supaya memudahkan kerja. Jadi, kita juga perlu buat seperti ini untuk memudahkan kita lebih fokus pada urusan perniagaan.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan