Kencing Manis atau Diabetes bagi Wanita Hamil

Minum air gula untuk tentukan sama ada anda mempunyai kencing manis atau tidak. Situasi ini sering mengelirukan saya akan justikasi "kewajiban" seorang ibu hamil dipaksa meminum air gula hingga muntah akibat kemanisan melampau. Saya faham akan sebabnya, cuma wajibkah?

Syukur alhamdulillah, saya berjaya lalui 3 kali kehamilan tanpa perlu lalui situasi sebegini. 

Apakah sebenarnya Kencing Manis ketika kehamilan?


Adakah anda mengalami kencing manis ketika hamil? Tentunya anda hairan kerana sebelum hamil, anda tidak pernah mempunyai sebarang masalah pun. Tahukah anda, keadaan ini dipanggil sebagai “gastational diabetes”.

Kebiasaannya terjadi disebabkan oleh paras gula (glukos) melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut kembali ke paras normal selepas bersalin. Walaupun begitu, pakar perubatan melaporkan kemungkinan untuk para ibu ini mengalami kencing manis kembali dalam tempoh 5-10 tahun.

Perubahan Metabolisma Dalam Badan Penyebab Kehadiran Kencing Manis


Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, dimana tugasnya ialah membantu gula dalam darah (glukos) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan.

Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi.

Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin.

Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu.

Bagaimana pula jika persediaan pankreas adalah terhad? Maka penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat setrusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.

Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

Apakah Simptom – Simpton Kencing Manis Ketika Hamil?


Pada kebiasaannya penyakit ini dapat dikesan melalui ujian air kencing dan ujian darah ketika hamil. Sekiranya anda sudah mempunyai kencing manis daripada sebelum hamil, maka ianya menjadi lebih sukar dikawal semasa hamil.

Sekiranya anda mempunyai simptom – simptom seperti berikut, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera.

  1.     Sentiasa dahaga
  2.     Kehilangan berat badan
  3.     Makan dalam kuantiti banyak
  4.     Kerap kencing
  5.     Keletihan tanpa sebab

Apakah Risiko Yang Terjadi Kepada Ibu Dan Anak?

1) Risiko Pada Ibu
  1.     Mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing)
  2.     Jangkitan vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
  3.     Jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
  4.     50% boleh menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari
2) Risiko Pada Bayi
  1.     Bayi mati dalam kandungan
  2.     Saiz bayi terlalu besar
  3.     Berisiko untuk hipogliseme (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
  4.     Bayi kuning (jaundice)
  5.     Bayi sukar bernafas
  6.     Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan
  7.     Lebih mudah mendapat obesiti atau kencing manis ketika dewasa.

Amalan Pemakanan Yang Harus Diambil Oleh Pesakit Kencing Manis Ketika Hamil


Salah satu sumber tenaga bagi badan anda ialah gula (glukos). Badan anda menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkan kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.

Jika anda menghidap kencing manis ketika hamil, badan anda tidak dapat menghasilkan cukup insulin.
Cara yang terbaik untuk mengawal gula dalam darah adalah dengan mengubah cara pemakanan dan bersenam setiap hari.

Tetapi harus diingatkan juga, anda perlu berhati – hati ketika berdiet untuk mengelakkan daripada tahap gula dalam darah tidak meningkat atau naik mendadak.

Bagaimana Gula Stevia Membantu Dalam Diet dan Merawat Kencing Manis Ketika Hamil?


 Gula stevia merupakan solusi yang lebih selamat malah telah dijamin tiada bahaya terhadap ibu mengandung. Dengan bertukar ke gula stevia, badan anda tidak lagi menerima lebihan kalori seperti mana ada di dalam gula pasir.

1 gram gula pasir = 4 kalori manakala gula stevia mempunyai kosong kalori!

Mari saya kongsikan 5 SEBAB kenapa ibu hamil yang menghidapi kencing manis WAJIB bertukar ke gula stevia.

  1. Mempunyai kosong kalori, kosong lemak dan kosong kolestrol.
  2. Tinggi kandungan Vitamin C dan Asid Folik yang amat bagus untuk ibu hamil dan tumbesaran bayi.
  3. Menstabilkan paras gula dalam darah secara semulajadi.
  4. Gula stevia tiada glukos namun stevia itu sendiri mampu memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu hamil terutamanya ketika awal kehamilan.
  5. Mencantikkan dan melicinkan kulit ibu dan bayi dalam kandungan.

Apa kata pengguna ibu-ibu hamil ketika mengamalkan gula stevia? 

Testimoni #1

kencing manis ketika hamil pulih amalkan stevia
 
Testimoni #2

rawat kencing manis ketika hamil

Testimoni #3

doktor pakar setuju guna gula stevia kencing manis
 "Doktor pakar diabetes tu cakap stevia adalah bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan, puan boleh teruskan"


Alhamdulillah. Semoga perkongsian entri ini sangat membantu para ibu yang sedang resah gelisah kerana menghadapi masalah kencing manis ketika hamil. Jika berterusan, para ibu terpaksa dicucuk insulin bagi mengawal penyakit tersebut. Bertukarlah ke gula stevia kerana ianya alternatif perawatan yang lebih baik malah selamat untuk ibu dan bayi. 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan