Bisnes. Apabila saya kenang kembali permulaan penglibatan saya dalam bidang bisnes. Saya terus bermula dengan menjual pakaian. Mungkin kerana saya suka dengan design-design baju tersebut. Sejujurnya saya mula berbisnes kerana saya suka dan minat dengan aktiviti tersebut. Walhal, saya bukanlah ada ilmu marketing untuk menjual. Bagi saya, upkan sahaja status baju-baju tersebut di facebook pasti akan ada pembeli. Errk, rupanya tak semudah itu. Harga amat memainkan peranan. Posting. Cara saya meletakkan iklan. Jika tidak hari-hari saya cuma akan meletakkan gambar tanpa sebarang respon daripada pelanggan. Agak menyedihkan bukan?
Saya bermula pada tahun 2011, sewaktu itu saya bekerja sebagai jurutera. Sebenarnya bukanlah berniaga kerana kekangan kewangan tapi sekadar hobi. Dapat duit tambahan bagus juga. Begitulah pemikiran saya. Dan baju muslimah menjadi pilihan kerana bagi saya sebagai wanita muslim kita perlukan pakaian yang melambangkan diri kita sebagai wanita Islam. Labuh. Longgar namun harga yang berpatutan.
Adakah saya terus mengeluarkan modal? Tidak sesekali. Entah mengapa, bisnes dan modal tidak serasi dengan saya. Alasan bukan? Jadi saya bermula tanpa modal, menjual pakaian dengan mengambil komisyen atas angin. Tak perlu risau dengan simpan stok, penghantaran dan sebagainya. Sebagai salah seorang yang suka shopping online jadi proses packing, posting bagi saya agak melecehkan dengan masa saya yang singkat. Yalah, siang bekerja hingga lewat petang, malam sahaja masa untuk beriklan dan juga bersama anak. Jadi saya tidak mahu mengganggu masa tersebut dengan aktiviti tambahan. Saya juga rasa suami saya tidak gemar jika saya berikan masa lebih kepada perkara lain dan bukannya pada keluarga sendiri.
Dikira semula, saya buat dropship baju muslimah sehinggalah tahun 2013-2014. Saya sewaktu ini telah berpindah tempat dan mula belajar. Menyambung pengajian master pula, dan sebenarnya tahun 2012-2013 ialah waktu yang menyeronokkan kerana saya mula mempunyai ramai agen. Dropship atas dropship, tetapi apabila masa saya semakin kurang. Saya pula sudah masuk anak ketiga, tumpuan untuk menyelia agen-agen sudah mula kurang. Baju pula sentiasa berubah mengikut trend.
Kita semua faham kan? Fashion sentiasa berubah mengikut masa, begitu juga demand untuk harga yang lebih murah. Lama-kelamaan saya rasa saya mungkin penat membahagikan banyak masa menguruskan bisnes, agen, dan sentiasa kena update baju mengikut trend, belajar bersama dengan keluarga. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berhenti membuat bisnes dropship baju dan beralih ke produk kecantikan dan kesihatan pula. Masa ni saya cuba untuk fokus pada satu-satu produk.
Jika ada rakan-rakan yang ingin berniaga, dan modal menjadi masalah anda. Saya cadangkan bermulalah sebagai agen. Kini, sudah semakin banyak butik dan dropship. Anda hanya perlu cari supplier yang dapat berikan anda harga terbaik supaya harga yang anda jual tidaklah terlalu tinggi berbanding pesaing-pesaing lain.
Kedua, seeloknya buatlah satu sistem bagi kod-kod baju yang dijual. Urus akaun dengan baik dan pastikan tracking nombor sentiasa update selepas selesai urusan penghantaran. Pastikan anda tidak menjanjikan sesuatu yang terlalu ideal buat pelanggan. Contohnya, hari ini pos esok konfirm sampai. Saya tidak gemar buat janji begini kerana boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan pelanggan bila berlaku kelewatan.
Pastikan juga hubungan anda dengan supplier baik dan ambil berat mengenai waktu posting dan tracking nombor diberikan. Jangan pula selepas buat order, anda biarkan supplier uruskan semua dan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu. Pastikan anda berikan servis yang terbaik. Ingat, pelanggan yang gembira, pasti akan support anda balik nanti.
Jika anda rasa harga yang anda berikan murah dan boleh dikongsikan bersama rakan niaga yang lain. Tidak salah membuka agen sendiri, bermula dengan angka yang sedikit dan cuba monitor progres agen-agen. Jangan lupa berikan boost buat agen anda yang berjaya mendapat sales tertinggi. Ianya amat bermakna.
Saya berharap agar entri ini dapat membuka minda ramai rakan diluar sana. Dan kalau anda boleh, cuba lah buat blog sekali kerana carian google adalah sangat relevan sepanjang zaman. Blog anda boleh simpan entri dalam masa yang lama dan sentiasa boleh update tanpa sesekerap facebook atau fanpage. Percayalah, blog adalah "raja" bagi medium bisnes anda.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan