Saya juga mengalami masalah rambut gugur, dan kelemumur, rambut gugur lebih teruk selepas kelahiran anak ketiga. Rasanya dah hampir nipis rambut saya ni dibuatnya. Paling tidak digemari rumah penuh dengan rambut gugur. Nak bela rambut panjang? Lupakan sahajalah. Sedih tau. Kalau menyapu atau vacuum penuh ngan rambut saya sahaja takkan rambut suami pula. Botak! Senangkan jadi orang lelaki ni, tapi masalah rambut gugur perempuan atau lelaki sama jer. Perempuan ni nampak gugurnya bertaburan tapi lelaki kepala jadi pulau lama-lama licin aje. he
Mari saya kongsikan tips bagi merawat masalah ni. Semoga dapat membantu. Amalkan dahulu tau, tak cuba tak tahu!
Petua Merawat Rambut Gugur
Atasi rambut gugur
- Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelimumur
- Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
Menghilangkan kelemumur
- Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
- Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
- Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Rambut Berbuah
- Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
- Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Rawat Masalah Rambut dengan STEVIA
Pasti pelik bukan? Cara paling mudah saya dan pengguna stevia gunakan untuk merawat masalah rambut kami mudah sahaja. Pakai je stevia itu di kepala. Nak tahu caranya?Sharing dari pengguna yang telah pun mengamalkannya. Sudah tentu saya juga amalkan yang sama =)
macam saya banyak makan benda berprotein, sebab tengah mengandung ni memang bayi banyak serap nutrien.. hehe
BalasPadammengandung tak semestinya kena makan makanan berprotein sahaja sis. bayi memerlukan vitamin dan asid folic yang tinggi untuk tumbesaran mereka. dengan bertukar gula sahaja, dpt bekalkan vit c dan asid folic kepada bayi. Acid folic banyak didapati pada sayur-sayuran =)
Padam