Sejak beberapa tahun ini, saya lihat trend menjalankan bisnes secara online menjadi pilihan ramai peniaga di luar sana termasuklah diri saya. Saya sendiri bermula dengan menjalankan perniagaan secara online sejak tahun 2011. Antara sebab mengapa perniagaan online menjadi pilihan ramai kerana kos modalnya lebih rendah dan tidak perlu memeningkan kepala akan kos sewa kedai dan sebagainya.
Menurut blogger marketing Binablogdotcom dalam satu artikelnya, http://www.binablogdotcomsendiri.com/blog/infografik-kenapa-anda-perlu-mula-bina-blog-perniagaan-sendiri.html
Bercakap mengenai perniagaan, sudah semestinya ianya berkait dengan pemasaran. Blog adalah antara salah satu medium pemasaran yang sangat berkuasa dalam membantu sesebuah bisnes meningkatkan kredibiliti dan jualan di Internet.
Jelas menunjukkan bahawa medium perniagaan melalui blog atau laman web adalah amat besar pengaruhnya ke atas sesebuah perniagaan terutamanya peniaga online. Dan ianya tidaklah terbatas kepada peniaga yang sudah besar sahaja tetapi sesiapa sahaja yang baru berjinak dalam bisnes online ini.
Namun, setelah puas saya google tidak terjumpa pula cara membina blog secara percuma melainkan tutorial bina blog yang sememangnya percuma. Berbelit pula ayat saya. Maksud saya begini, untuk buat blog memang sudah percuma di atas landasan blogspot atau wordpress. Caranya mudah sahaja, anda buat email dahulu (jika tiada sila buat ya), kemudian pergi ke laman blog yang anda inginkan iaitu blogger@blogspot atau wordpress, setup satu blog yang anda mahukan. Ikut cara bina blog dan siaplah satu blog khas untuk perniagaan anda.
Yang menjadikan bina blog itu mahal ialah apabila anda perlu tahu bagaimana menjadikan blog anda sebagai blog yang berpengaruh, blog yang mendapat ranking carian di laman pertama apabila anda google sesuatu maklumat. Kemahiran itu yang menjadikan ianya mahal dan perlu dibayar. Faham ya?
Mereka yang membuat carian di google ialah mereka yang memerlukan sesuatu maklumat atau sesuatu produk. Di sinilah blog anda memainkan peranan memberikan apa yang mereka mahukan. Bagaimana caranya? Buat blog memang mudah tapi nak setup blog anda sebagai satu medium pemasaran memerlukan bimbingan dari mereka yang berpengetahuan.
Ingin belajar bina blog bagi mengembangkan perniagaan anda? Sertai kursus kelas asas blog di akademi bekerja di rumah dan nikmati keistimewaan mendapat bimbingan percuma sepanjang hidup bersama kami dengan hanya perlu sertai kelas yang telah disediakan. Bayaran yuran kelas asas blog hanya satu kali sahaja, tetapi tunjuk ajar dan bimbingan secara berterusan walaupun sudah mahir berblog.
Hubungi saya pada bila-bila masa anda bersedia. Klik sini untuk lihat pakej kelas asas blog yang telah disediakan.
Saya kongsikan kenapa berblog menjadi medium pemasaran yang utama berbanding facebook atau medium yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan