Bismillahirrahmannirahim
Atas nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Kelas Abdr sedang berlangsung secara live setiap hari di grup facebook (secret). Di sini tugasan diberikan kepada pelajar setelah khatam pembacaan ebook "belajar asas blog". Ebook ini wajib dibaca sebelum memulakan perjalanan blog.
Cuba lihat gambar perbualan seorang ahli baru pelajar abdr
Ada 3 isi yang anda boleh fahamkan
1. ABDR ialah sebuah kumpulan sokongan suri@mereka yang ingin belajar blog bagi memaksimakan bisnes online. Ya, kami merupakan jaringan blogger penulisan bisnes terluas di Malaysia dengan bilangan ahli meningkat kepada 2000 tahun 2015.
2. Belajar cara penulisan dan bisnes. Tukar pembaca anda kepada pembeli. Bina pembaca kepada follower.
3. Sebenarnya terdapat 2 jenis penulisan di abdr. Penulisan kreatif bagi mengembangkan sayap anda juga sudah ada. Daftar kelas ini jika anda mahu mengasah bakat cerpen dan novel anda. In shaa Allah nanti boleh keluarkan terbitan cerpen koleksi sendiri.
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian surirumah atau suri bekerjaya yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online. Skop pembelajaran ialah:
-Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah:
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah:
1. KELAS ASAS BLOG PENULISAN
i. Belajar asas blog (blogspot)
ii. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
iii. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
iv. Belajar menulis secara konsisten.
v. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
vi. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
vii. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
viii. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
ix. Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.
2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
i. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
ii. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
iii. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
iv. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
v. Belajar jana pendapatan melalui blog.
vi. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
vii. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
viii. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jika kalian sudah bersedia,
Hubungi saya
Pengurus Online ABDR
0189100852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan