Teks: Emme Marina Mohamad
Esok bermulanya tahun baru buat kita semua. Saya tidak terkecuali untuk memasang cita-cita kali ini. Semoga setiap doa dan impian kita direstui Allah.
Mulakan dengan hasrat sebagai seorang muslim yang lebih baik. Kerana niat yang bermula dengan ibadah pasti akan mendapat restu dan perjalanan perancangan kita di tahun hadapan.
Bagi tahun 2016, saya berdoa agar dapat sempurnakan ibadah dengan lebih baik dari tahun 2015. Jika selalu kurang buat tahajjud, biarlah tahun ini menjadi tahun yang tiada miss out. Lebih banyak sedekah. Khatam al quran dan dapat menjalankan lebih banyak misi bersama ngo amal till jannah yang kini saya turut sama-sama usahakan.
Balqis, anak sulung saya akan masuk 6 tahun. Kami sekolahkan dia di sekolah kemas perpaduan, saya benar-benar lupa mengenai pra-persekolahan jadinya anak saya terlepas sesi tersebut. Saya berharap agar saya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif buat Balqis serta adik-adiknya. Mula membesar dan mula bertanggungjawab. Mungkin dah sampai masanya saya mulakan jadual tugasan dan pada masa sama menyeronokkan bukan? Seronok juga bila difikirkan aktiviti begini bersama anak-anak :) Juga saya berharap agar skill memasak saya dapat dipertingkatkan lagi. Hehe
Jangan dilupakan projek usahawan buat surirumah ya.
Antara wishlist dan matlamat saya
1. Mengajak lebih ramai bertukar ke gula rcc stevia
2. Membuat kelas dan penerangan secara berdepan bersama pelanggan (selama ini online sahaja)
3. Mengadakan kelas asas blog secara offline
4. Misi memperkenalkan produk dms360 ke seluruh wanita di malaysia di samping mereka menambah pendapatan sebagai agen dropship dms.
5. Melaksanakan misi dan program usahawan bersama amal till jannah.
Ini antara matlamat general yang saya mahu lakukan.. semoga Allah merahmati perancangan saya ini.
Aminnn
Anda bagaimana ya?
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan