Hadiah Telekung Kanak-Kanak



Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Emme Marina Mohamad

Alhamdulillah.... Allah lebih mengetahui akan ganjaran orang-orang yang sabar dan mengkehendaki sesuatu yang disukai Nya.

Sudah lama berhasrat untuk memiliki telekung kanak-kanak ini buat anak sulong saya. Bukan kedekut untuk membelinya, tetapi saya harus katakan apabila kami pusing di bandar mahal-mahal pula harganya sehingga mencecah ratus ringgit.

Bagi saya, untuk apa dibazirkan duit jika boleh sahaja dibelikan yang lebih murah tetapi juga berkualiti. Telekung mempunyai satu tujuaan, iaitu untuk melakukan ibadah kepada pencipta, yakni Allah s.w.t. Jika kita membeli dengan harga yang amat mahal, sarat dengan aksesori serta cantik memukau. Bagaimana ya perasaan mengadap pencipta? Banggakah?

Sebenarnya seorang rakan dari jemaah Amal till Jannah berada di Indonesia beberapa minggu yang lepas. Lalu saya teringat bahawa barangan di sana murah-murah bukan? Jadi saya kirimkan kepadanya supaya dapat dibelikan satu set telekung kanak-kanak. Saya nyatakan saya tidak mahu yang bling-bling, cukuplah sederhana supaya ia tidak mendatangkan bangga untuk anak. Jangan nanti bila besar, dia hanya mahukan yang cantik dan comel ketika solat. Risau juga saya jika anak solat hanya kerana telekungnya yang comel.

Biarlah didikan itu saya tanam dari awal.

Sebagai seorang Islam, haruslah kita amalkan konsep sederhana, tidak membazir, tidak mendahulukan nafsu dari keperluan yang asas.

Dan Allah itu maha Kaya, sepatutnya urusniaga berlangsung antara saya dan rakan tetapi bertukar menjadi sebuah hadiah buat anak. Semoga Allah sahaja dapat membalas pemberian rakan saya. Semoga pemberian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Semoga kakak menjadi anak yang solehah, menjalankan perintah Allah tanpa ragu-ragu. Bolehlah kakak solat dengan mama lengkap selepas ini. Hehe. Selama ni cuma pakai tudung labuh mama sahaja. Tak sabar nak beri kakak pakai sebab sekarang kakak bercuti di kampung. he

Anda bagaimana? Sudah latih anak bersolat? Marilah kita latih seawal 5-6 tahun usia anak ini ya.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan