Teks: Emme Marina Mohamad
Sebelum ini bekerja, setiap hari saya keluar rumah seawal 7.30 pagi dan anak dihantar kepada pengasuh untuk dijaga. Sebagai seorang jurutera, jadual waktu pulang adalah tidak konsisten. Walaupun, dilaporkan setiap hari sehingga jam 5.00 petang kebiasaanya akan lewat sehingga hampir jam 7.00 malam. Al maklum, takkan engineer mahu pulang awal pula? Rata-rata rakan sekerja yang lain akan pulang lewat jarang yang check out tepat pada masanya.
Saya suka bekerja di luar, ia membuatkan kita lari dari kehidupan bosan di rumah. Ia juga membuatkan kita dikelilingi oleh rakan-rakan, tidaklah sesunyi kehidupan sebagai surirumah. Namun, saya silap. Sebenarnya yang lebih membahagiakan seorang wanita itu ialah ketika dia di rumah, bersama dan mendidik anak-anak. Keletah mereka walaupun selalu membuatkan saya hilang sabar. Yang paling tidak sangka saya yang selalu dikenali sebagai soft spoken semasa bujang, kini sudah boleh buat persembahan di teater. Haa, sungguh lancang dan bertenaganya suara saya ketika memarahi anak-anak di rumah. Usia mereka yang masih kecil dan dekat, sekejap bergelak sakan, sekejap bergaduh betul-betul memeningkan kepala. Namun, melihat wajah mereka dan berbual tiap-tiap hari bersama mereka membuatkan hati ini tenang dan bahagia.
Surirumah ialah wanita yang tiada pendapatan. Anda diberi nafkah dan ditanggung sepenuhnya oleh suami tercinta. Tidak kira apa tahap kewangan suami anda, atau apa tahap pendidikan anda apabila anda membuat keputusan menjadi surirumah, ia bermaksud tiada lagi pendapatan sendiri atau kemewahan membeli belah barangan kegemaran anda. Jika suami anda mampu, dapatlah anda bershopping sakan. Jika tidak, berjimatlah sebaiknya.
Bekerja kemudian menjadi baby sitter tidak bergaji kepada anak-anak adalah sangat mencabar. Bayangkan bagaimana pengasuh menjaga mereka, sungguh sopan dan tertib. Mendengar kata., tetapi apabila mama ambil alih tugas pengasuh, haaa baru anda tahu tinggi rendah langit dan bumi ni. Anak langsung tidak mendengar cakap, anda tiba-tiba sahaja mengalami mental breakdown dengan sikap degil anak-anak. Rumah bersepah, anda tidak tahu mana satu perlu anda buat, mengemaskah, apa yang perlu dikemas? Masak jam berapa? Anak suka makan apa waktu begini? Waktu tidur mereka pula bagaimana? Bila ada 3 orang anak, bukan kesemua mereka mempunyai waktu tidur yang sama, telatah sudah tentu berlainan. Haih, masa inilah anda mula down dan menyesali keputusan menjadi surirumah dan ya rumah anda sepah setiap hari sehingga anda naik muak mengemasnya.
Inilah sebenarnya perjalanan yang kita semua tempuhi dalam fasa peralihan sebagai wanita bekerja dan kemudian menjadi surirumah. Ia sangat mencabar. Ditambah lagi anda mahukan pendapatan sampingan walaupun sebagai seorang surirumah. Kini ada internet in shaa Allah semua boleh dipelajari dan dipraktikkan. Ada pelbagai konsep bisnes di luar sana yang menantikan anda untuk diambil peluang. Nasihat saya pilihlah mereka yang memahami komitmen anda sebagai seorang suri dan bukannya sering memperlekehkan keputusan anda. Pilihlah mereka yang berada di sisi walaupun bukan secara literal, tetapi sentiasa ada bila anda memerlukan. Mereka yang tidak memaksa anda keluar dari rumah hanya kerana anda mahukan pendapatan sampingan. Bagi saya, jika anak-anak anda masih kecil bagaimana ya anda boleh keluar ke hulu ke hilir mencari rezeki lain sedangkan tujuan utama anda ialah mendidik dan menjaga rumah. Keluar bermakna anda memulakan satu lagi perjalanan kerja sama lah seperti anda sebelum membuat keputusan berhenti kerja.
Saya berharap agar saya dapat membantu lebih ramai suri dalam menjana pendapatan dari rumah dan tanpa perlu keluar dari rumah. Masih dikelilingi oleh rakan-rakan super positif dan mereka yang memahami diri anda sebagai ahli baru dalam komuniti surirumah. Saya doakan agar anda sentiasa bahagia di dunia dan akhirat serta menjadi ibu terbaik buat anak dan suami tercinta =)
Sekian
Nukilan seorang suri dari suri
Semoga kita bertemu lagi di entri akan datang
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan