3 Persediaan Wajib Berbisnes Dari Rumah Sebelum Mula Berhenti Kerja

Teks: Emme Marina Mohamad


Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Banyak kali saya membebel di sini, buat persediaan, buat persediaan. Terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.


Bebelan seorang suri adakalanya kenalah patuhi ya. Okay, apa yang diperlukan jika ibu mahu berhenti dan berkira-kira utuk mula bekerja di rumah atau berniaga.


Saya kongsikan 3 tabung yang wajib anda sediakan:

1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

Ini selalu menjadi kekeliruan usahawan online, terutama suri rumah. Ini sesuai bagi yang baru mula.

1. Apabila ada bakal pelanggan mahu, barang itu dihantar ke tempat sekian-sekian. Sangat perlu suri memasukkan kos, termasuk kos penghantaran. Jangan sekadar barang seciput untungnya RM2, tetapi mahu COD juga. Ia tidak berbaloi.

2. Apabila mengusahakan bisnes 'dropship'. Bakal pelanggan akan tanya. Dimana kedai puan?
Jawab sahaja, kedai ini operasi secara online sahaja.

3. Rekod. Keterujaan menjual juga menyebabkan ada usahawan suri yang membenarkan hutang. Ingat ini, tidak ada pembayaran, maknanya tidak ada barang. Barang akan dikeluarkan dari stok, apabila sudah berlaku transaksi, dan sudah ada bukti pembayaran. Ada banyak kes, pelanggan yang kata sudah bayar tetapi tidak ada bukti transaksi.

Mungkin hanya kes-kes tertentu sahaja, contoh pelanggan setia yang kita sudah tahu kejujurannya. Tetapi rekod dan bukti pembayaran itu sangat penting.

Sumber: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Mahukah kalian mendapat lebih banyak ilmu dan persediaan mula berbisnes dari rumah?

Boleh dapatkan naskhah buku ini pada harga RM50 

atau dapatkan pada harga paling jimat dengan kombo bulan Januari kami, RM50 untuk 3 ebook, persediaan lengkap bagi ibu yang mahu berhenti kerja dan mula kerja di rumah.




pssttt... Kesemua ebook ini juga ialah bonus percuma bagi kelas asas blog mula bisnes, kelas asas blog penulisan dan juga kelas asas blog penulisan dan bisnes serentak =)

Boleh dapatkan terus buku atau tempahan di sini
http://emmemarinamohamad.blogspot.my/p/borang-tempahan.html
Share:

4 ulasan:

  1. Today, many of us want to back in our jobs and go to work for ourselves. However, the difference between those who want it and those that actually do it is staggeringkerja kosong

    BalasPadam
    Balasan
    1. you right. If theres no differences then they wont be employer and employees. That's why we focus more on housewife, because we are surely can do work at home :)

      Padam