Blog pilihan.
Ini juga contoh entri pengenalan diri terbaik setakat ini (salah satu contoh)
Sangat lengkap dan fokus kepada siapa sasaran pembaca/pelanggan.
Baca dan hadam ya. Semak semula entri pengenalan kalian, adakah meyakinkan?
...
Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum..
Alhamdulillah, hari ini hari yang sangat indah. Dilimpahi nikmat hujan setelah lebih 2 bulan diuji dengan kemarau dan cuaca kering. Syukur juga kerana saya diberi kesempatan menuntut ilmu berkenaan blog dengan cikgu Masayu Ahmad. Walaupun saya telah lama berkenalan secara tidak rasmi dengan blog dan pernah mencipta blog secara simple untuk rakan-rakan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan tetapi ilmu ini saya perlu gali lagi untuk mencapai matlamat saya iaitu menerbitkan sebuah "ebook" khas untuk para usahawan. Insya-Allah..
Sebelum pergi jauh lagi, suka saya mulakan penulisan blog ini dengan Salam Perkenalan atau Sesi Ta'aruf. Hinggakan di setiap kursus dan kelas yang saya anjurkan pasti ada sesi untuk berkenalan dan menyapa setiap seorang yang ada di dalam kelas tersebut. Kata orang "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Jangan dilihat hanya pada luaran, kerana yang aslinya di dalam iaitu "HATI". Silakan kepada anda semua juga untuk berkenalan dengan meletakkan biodata anda di ruangan komen. Amat saya hargai. Terima Kasih.
Salam Perkenalan dari saya Hazwani Abd Hamid yang dikenali dengan panggilan Wani Hamid. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur (KL) dan menetap di Selangor dari dulu sampai sekarang. Ada yang kata; orang KL dan Selangor suka pakai make-up tebal dan sombong. Betul ke? Tapi saya memang tak pandai dan tak suka pakai make-up. Sombong? Saya serahkan kepada anda untuk tafsirkan
Saya orang biasa sahaja, mendapat pendidikan awal di sekolah biasa. Hanya ketika di Tingkatan 4 saya mendapat pendidikan menengah di Seremban iaitu salah sebuah sekolah teknik terbaik di Malaysia dalam jurusan perdagangan dan melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Graduan Ijazah Perakaunan (dengan kepujian).
Setiap orang ada cerita disebalik kejayaan, begitu juga saya. Pada usia 15 tahun iaitu tahun PMR, saya diuji dengan kembalinya ayah yang saya amat sayangi kerahmatullah dengan alasan sakit. Perginya beliau, menaikkan semangat saya untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran untuk membela nasib keluarga. Saya pun tidak tahu apa yang mendorong saya, tetapi bayangkan dengan berbaki kurang 10 bulan sebelum tarikh PMR saya mengulangkaji semua subjek dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 secara konsisten tanpa gagal dan akhirnya dinobatkan sebagai pelajar terbaik PMR sekolah.
Cerita lama kan, tapi disebabkan semangat luar biasa itu saya dapat kekalkan ilmu yang saya ada itu sehingga sekarang dan berjaya menjadi graduan yang bukan biasa-biasa. Memang bagi sesetengah orang tidak cemerlang mengklasifikasikan orang yang cemerlang di sekolah tidak akan cemerlang di tempat kerja. Tapi bagi saya, graduan yang cemerlang boleh menyesuaikan keadaan dengan mudah, berfikir permasalahan syarikat dengan cara yang amat sistematik dan menyeluruh. Tetapi ianya amat bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu menjalankan kehidupan sebagai mahasiswa dahulu ketika di kampus.
Ketika di universiti, saya memegang pelbagai jawatan penting di peringkat kolej dan universiti. Saya cuba sedaya upaya untuk seimbangkan antara persatuan dan akademik, kawan dan pensyarah supaya keluar nanti, saya bisa hidup berdikari dan berjaya. Antara pencapaian tertinggi saya di Universiti adalah menjadi Timbalan Pengerusi 1, Urusetia Kerjaya dengan menganjurkan Hari Kerjaya yang merupakan peristiwa kedua terbesar selepas Pesta Konvokesyen. Alhamdulillah..
Saya menamatkan penggajian satu semester awal dari biasa, kerana pointer saya membolehkan saya mengambil subjek lebih dari rakan-rakan yang lain. Disebabkan itu, saya bekerja sementara menunggu hari graduasi yang dijadualkan lagi 10 bulan selepas itu. Alhamdulillah, dengan kelulusan yang baik saya mudah mendapat tempat walaupun gaji yang tawarkan amat rendah. Itu adalah perkara biasa bagi graduan akaun, kerana mereka perlu bekerja dengan firma-firma perakaunan dan audit untuk memastikan Ijazah mereka boleh "dijual" kemudian nanti.
Berkat kesabaran selama 2 tahun di firma perakaunan dan audit, saya mengambil keputusan untuk masuk ke syarikat-syarikat untuk mengetahui lebih lanjut tentang selok belok perniagaan. Kecintaan dan minat saya terhadap perniagaan dan perakaunan telah lama sebati, iaitu sejak arwah ayah berniaga dahulu. Saya mempunyai tekad yang kuat untuk membina empayar sebagai merealisasikan impian ayahanda tercinta. Oleh itu, saya tidak takut untuk pergi ke syarikat yang boleh beri saya lebih pengalaman dari biasa.
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa dari kesayangan saya, kini usaha saya menampakkan hasil biarpun berapa kali jatuh dan bangun. Biarpun mereka kali gagal dan diperkata, selagi semangat kita kuat, tiada siapa yang bisa goyahkan. Semuanya adalah dengan izin dari-Nya.
Kini, usia syarikat saya AMANI MANAGEMENT SERVICES telah 5 tahun. Seusia dengan anak saya yang sulung dan tunggal, Muhammad Aqil Amani. Alhamdulillah. Sebagai usaha memberi kembali kepada masyarakat saya wujudkan fanpage SOHO Academy dan group JEMAAH BISNES di facebook untuk membantu sekadar yang saya mampu dan tahu. Semoga usaha ini, memberi manfaat dan saham akhirat. Insya-Allah.
Salam Perkenalan semua dan semoga ukhwah yang terjalin mendapat rahmat Ilahi
Semoga Bermanfaat!
http://hazwaniabdhamid.blogspot.my/…/salam-perkenalan-dari-…
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan