Teks: Emme Marina Mohamad
Isnin tempoh hari saya ada post entri tentang perjumpaan saya dengan supervisor. Alhamdulillah, progress tesis semakin baik. harap sangat agar progress menuju ke graduasi berjalan lancar. Amiinn
Berjumpa dengan supervisor sehingga jam sebelas pagi. Kemudian menguruskan beberapa urusan dengan pihak parasiswazah dan bendahari. Bergegas untuk menjemput kakak pula hari tu.
Kakak kan sudah bersekolah. Tidak dapatla saya terus ke bandar untuk uruskan pembatalan p1. Jemput kakak dulu kemudian ke bandar.
Sebenarnya pada hari tersebut. Hanya 2 perkara sahaja yang berjalan lancar iaitu perjumpaan dengan supervisor dan pembatalan P1. Yang lainnya tidak lancar, boleh dikatakan saya agak kecewa dengan apa yang terjadi. Tetapi saya pasti ada hikmahnya atas setiap yang berlaku..
Jika kita sabar dan redha pasti Allah akan balas dengan kebaikkan. Sesungguhnya Dia Maha Penyayang, pengasih lagi maha mengetahui.
Selfie dengan kakak dalam kereta. Apa pon mama suka seluar ngan kakak. Cuma bising sedikit mulut si kakak, sebab kena jalan laju kejar langkah mama.
Jarang surirumah ni dapat keluar. Jadi jika dapat keluar ni, semua urusan tertunggak nak dijelaskan. Hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan