Dugaan Jaga Anak Bongsu Bersendirian

Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

Saya kadang-kadang naik pelik kenapa anak-anak sangat manja dan selamber dengan saya. Haiii, nak menyinga payah betul ya.

Masa cuti sekolah hujung tahun 2015 itulah atuk dan nenek aka abah dan mak saya datang ke rumah di Kuantan. Mulanya cuma datang melawat cucu sahaja, tetapi bila pulang ke kampung semula. Diangkutnya cucu-cucu ni ikut sekali ke kampung.

Cuma Balqis dan Qisya sahajalah kami benarkan ikut. Qaireen masih kecil dan menyusu badan jadi tak sesuai jika ditinggalkan bersama atuk dan neneknya. Risau pula kalau malam mencari mama, dah parah atuk dan nenek nak menghantar pulang. Kampung saya di bahau sana. Perjalanan memakan masa 2 jam setengah ke 3 jam kebiasaannya.

Inilah kali pertama Qaireen bersama saya tanpa kehadiran kakak di sisi. Huhu. Saya ingatkan senang ajelah jaga Qaireen kerana dia keseorangan kan? Ooo, memang silap besar. Rupanya imbasan kakak pergi dari matanya, menyedihkan hati Qaireen. Bagaimana saya tahu?

Sebab bila saya sebut nama kakak-kakaknya, dia akan menundukkan kepala dan berbunyi lemah. Ada sekali tu, saya tanya lagi lalu dia terus pergi ke pintu dan tunjukkan arah luar. Alahai, sedihnya lah hati saya. Terdetik pula rasa menyesal benarkan anak-anak ikut atuknya. Tak sangka sampai begitu sekali kesannya pada Qaireen. Memang mereka ni tak pernah berenggang terutamanya Qaireen dan Qisya. Mereka sangat rapat walaupun selalu bertengkar.

Selepas pada tu, setiap masa Qaireen sangat manja hinggakan saya tidak dapat buat apa-apa kerja. Nak ditemankan tengok tv, duduk atas riba, dukung, teman bermain, pokoknya saya tidak boleh hilang dari pandangan mata dan haruslah melayan setiap permintaannya. Haru kan? Tiap-tiap hari berdukung termasuk la semasa memasak. Kalau tidak dilayan menjerit dan menangislah si kecil tu. Memang huru hara saya dibuatnya.

Sungguhlah ini mungkin yang terakhir saya benarkan kakak-kakak ikut atuk dan nenek. Lain kali nak juga jaga kenalah bawa ketiga-tiga mereka ni atuknya.

Insaf mamanya nak benarkan lagi. Pengajaran buat mama dan papa. Okay, noted!


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan