Teks: Emme Marina Mohamad
Perkongsian dari Channel Usrah Solat
Hukum Kad Diskaun
Ramai bertanya saya tentang hukum kad diskaun iaitu membeli dari pasaraya/premis tertentu menggunakan kad keahlian dan akan mendapat diskaun dari kad tersebut.
Hukumnya boleh diperincikan seperti berikut:
1. Jika kad tersebut mempunyai yuran berkala seperti setahun sekali perlu dibayar atau 6 bulan sekali maka hukumnya haram. Ini kerana ia mempunyai al-Gharar (ketidak jelasan) dalam jual beli berapa banyak diskaun yang akan diperolehi dalam masa setahun atau 6 bulan selepas dia membayar yuran keahlian.
2. Jika kad tersebut percuma atau hanya dibayar sekali sahaja (iaitu dibayar ketika mendaftar) yang dikira sebagai harga kad tersebut maka hukumnya harus. Diskaun yang diberikan oleh premis tersebut dikira sebagai hadiah kepada pelanggannya.
Point no 2 itu, bukan hadiah tetapi janji penjual nak jual harga lebih murah, bayar sekali itu hanya untuk bayar kos kad dan menggalakkan pelanggan setia kepada peniaga
Wallahu a'lam.
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
📝by:
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
Nota:
Selepas saya membaca jawapan Usrah tersebut sebenarnya 2 perasaan timbul. Satu, sedih kerana ini bermakna saya tidak lagi boleh membuat kad keahlian mana-mana kedai yang menggunakan cara pembaharuan keahlian setahun sekali. Paling sedih mungkin pada barangan Cosway. Saya sukakan barangan-barangan rumah Cosway namun tidak mengapalah masih ada banyak kedai lain yang menjual seumpamanya.
Keduanya, lega. Lega kerana bisnes di rcc dan keahlian sebagai pengguna berdaftar di rcc stevia tidak haram sama sekali. Kita sering disogok dan digembar-gemburkan mengenai syarikat jualan langsung ini haram. Nah, sebenarnya memang saya tahu rcc ini patut syariah. Tetapi bila membaca jawapan sedemikian, bertambah ilmu kita ya tentang syarikat yang kita bernaung.
Carilah rezeki berkat dan halal. Bukan itu sahaja, apa sahaja yang kita lakukan juga haruslah sentiasa mencari kepada keberkatan dari Allah s.w.t.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu tentang bisnes di rcc, tidak perlu ragu-ragu lagi. Mari sertai kami di rcc sebagai agen atau pengedar sah.
Hubungi saya Emme Marina untuk sebarang pertanyaan.
0189100852
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan