Motivasi Tahun Baru - Macam Mana Nak Dapat Duit?

MACAM MANA NAK DAPAT DUIT?
~ GET RICH

#G: Get Up Early

Bangun awal sebelum matahari terbit. Macam mana nak berduit kalau asik bangun tengahari?

#E: Earn More Than You Spend

Buat duit lebih banyak daripada perbelanjaan. Nak belanja berpuluh ribu sebulan pun boleh, asalkan income setiap bulan lebih banyak daripada itu.

#T: Train Yourself 1 Financial Valuable Skill

Belajar 1 skil yang betul-betul boleh buat duit. Tambahkan ilmu dalam media sosial atau saham atau property atau bercakap atau mengajar orang, sampai betul-betul boleh tambah duit.

#R: Resource network

Kenal orang, siapa kawan-kawan sekeliling kita. Bisnes perlukan networking. Tetapi kalau berkawan dengan mangkuk, jadi mangkuk ayun la jadinya.

#I: Invest

Mula belajar untuk melabur. Duit kalau hanya simpan di bawah bantal, tidak akan bertambah. Duit perlu mengalir supaya sampai ke lautan duit

#C: Charity

Jangan lupa untuk bersedekah. Tanyalah rahsia siapa pun yang sudah kaya raya, pasti antara jawapan mereka ialah bersedekah.

#H: Habit

Jadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian. Jangan setakat buat 1 hari je lepas tu bising-bising kata ini mengarut. Hari ni start bisnes, esok pagi terus jadi jutawan ke?

Pesanan dari sifu Mekanik Wang.

#SentapanNewYear
Shahfudin Sudin

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan