Pancake merupakan makanan paling mudah disediakan dan alhamdulillah sangat digemari anak-anak walaupun hanya makan kosong sahaja. Ada masanya kami makan pancake tembam ini hampir setiap hari. Haa, ala-ala mat salleh gitu kan?
Version yang bakal saya kongsikan ini ialah version resepi pancake menggunakan stevia ya. Jenama Royal sweetener stevia atau dikenali sebagai rcc stevia.
Gantikan gula pasir kepada rcc stevia kerana rcc stevia merupakan pilihan gula yang sangat sihat. Bukan sahaja tanpa kalori malah kosong lemak, dan kosong kolestrol. Manakala gula pasir pula sebenarnya 1 gram bersamaan 4 kalori. Bayangkan berapa banyak kalori masuk ke dalam badan anda semata-mata anda sukakan kemanisan. Tambah lagi gula pasir ni tiada zat kepada badan tau, menambah kegemukan, pembiak sel kanser dan pembiak fungus dan kulat dalam badan kita semua.
Okay. Cukuplah. Mari kita lihat resepi pancake yang saya gunakan ini. Sangatlah mudah dan saya sebenarnya tak pernah sukat. Jadi saya sediakan tips resepi pancake sekali supaya mudah untuk kalian sediakan ya.
Resepi Pancake Tembam & Gebu
Bahan-bahan Untuk Buat Pancake
1 setengah cawan Tepung gandum
1 biji telur
Margerin (3 sudu besar)
Gula stevia (6-8 titik, jika tawar anda boleh tambah)
Atau gula pasir 1/2 - 3/4 cawan
1 sudu teh tepung penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Air
Esen vanilla
1 sudu cuka atau mayonis
Cara Buat Pancake Tembam
1. Pecahkan telur, campurkan margerin, esen vanilla,cuka dan gula/stevia. Gaulkan sehingga sebati, anda boleh juga kalau nak cairkan margerin tersebut
2. Dah sebati, masukkan pula tepung gandum, tepung penaik, soda bikarbonat.
3. Gaul rata semuanya sehingga tiada ketulan. Macam buat kek tau.
4. Gunakan frying pan atau kuali leper. Gunakan yang non-stick jika tidak ia melekat atas kuali sebab kita tidak akan gunakan minyak ye.
5. Tuangkan bahan pancake ke atas kuali, apabila timbul lubang pada pancake terbalikkan. Tunggu seketika dan angkat! Siap.
Mudah bukan?
Okay. Saya sediakan gambar dan tips untuk anda hasilkan pancake gebu yang mudah dan cara ideal memasak pancake.
Guna frying pan 28in. Huhu. Ini sahaja yang ada. In shaa Allah tak melekat. Jaga api ya, jangan besar sangat |
Ini rupa pancake yang elok jika api dan bahan bertepatan. Warna perang kan? Dan pancake naik cantik sahaja |
Tips Resepi Pancake Gebu Dan Lembut
1. Cuka atau mayonis digunakan untuk melembutkan dan menggebukan pancake
2. Api dibuka pada tahap sederhana supaya pancake dimasak dengan baik
3. Guna susu segar berbanding air. Penggunaan susu segar untuk buat pancake lebih gebu dan berkrim. Berbanding air, rasa pancake agak biasa namun masih sedap dan amat mudah disediakan bukan? Boleh juga letakkan sedikit susu cair atau susu tepung untuk menghasilkan rasa susu.
Baca juga: Biodata Lengkap Ustaz Azhar Idrus
Variasi Resepi Pancake Yang Anda Patut Cuba
1. Jepang, Fluffy Pancakes: pancakenya tebal dan lembut terbuat dari buttermilk dan putih telur.
2. Jerman, Dutch Baby Pancakes: disajikan gurih dengan buah beri, telur, ham dan berbagai sayuran.
3. Italia, Farinata: biasanya dimasak menggunakan oven dan disajikan seperti pizza.
4. India, Dosas: Krispi pancake ini diisi dengan nasi, telur dan juga chutney.
5. Denmark, Ebelskivers: Dibuat mirip donat mini dan diisi coklat atau Nutella.
6. AS, American Pancakes: mungkin pancake jenis ini yang sering kamu lihat. Ditaburi dengan sirup dan ditambahi buah-buahan.
7. Polandia, Potato Pancakes: pancake di Polandia dan kebanyakan daerah Eropa Timur dibuat menggunakan kentang kemudian dimakan menggunakan saus apel.
8. Prancis, Crepes: kalau kamu sering makan crepes, itu adalah pancake dari Prancis. Dibuat tipis tetapi tidak krispi dan biasnaya diolesi Nutella.
9. Korea, Pajeon: pancake di Korea juga dibuat gurih biasanya dicampur dengan seafood seperti cumi-cumi dan udang.
10. Rusia, Blini: pancake di Rusia juga dibuat tipis seperti crepes, bedanya disajikan menggunakan caviar atau telur ikan.
Kesimpulan
Pancake sebenarnya sangat mudah dibuat, ianya boleh dimakan kosong atau sekadar butter. Anda boleh juga resepikan pancake ini, dengan pisang, coklat, dan ikut kreativiti seorang ibu untuk anak-anak di rumah. Yang penting, pastikan penggunaan api tidak terlalu slow atau kuat, dan acuan resepi pancake anda tidak bergumpal dan cantik sekali. Pasti akan jadi!
Cubalah pelbagai variasi resepi pancake.
Pasti anda dapat hasilkan pancake mengikut citarasa anda!
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan