Saya Mahu Berhenti Kerja! Bagaimana ABDR Boleh Bantu Saya Jana Pendapatan?

Teks: Emme Marina Mohamad


Semasa saya membaca nukilan rakan seakademi saya ini, teringat saya semasa tahun 2010-2011, sewaktu itu saya kerja di Nilai sebagai seorang jurutera. Saya dan suami tinggal berasingan, saya di semenanjung sedangkan suami di Sarawak. Walaupun begitu saya bersyukur kerana ketika itu saya hanya menjaga seorang anak sahaja. Mungkin dari situ, agak kurang stress dan bebanan antara kerja-jaga anak-urus rumah dan keperluan lain. Belanja menguruskan diri juga lebih rendah berbanding sekarang.

Walaupun cuma seorang anak, tetapi adakalanya politik kerja dan karenah orang atasan memeningkan kepala saya, kerana saya satu-satunya jurutera yang memiliki seorang anak kecil seusia 2 bulan semasa mula berkerja di kilang. Rutin bulanan di klinik kerajaan bagi bulanan check up atau ketika anak tidak sihat sering menyebabkan saya menjadi mangsa perbualanan dan sindiran. Entahlah, tidakkah mereka sedar suami saya jauh di sisi. Sungguh saya beberapa kali mahu berhenti kerja.

---------------------------------

Ini adalah nukilan seorang WAHM sebelum beliau membuat keputusan berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Sumber: Bab 3, ebook super wahm, super mom


Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.

Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluara semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya

____________________________________________________________

Motivasi dalam diri sangat penting. Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.

Farah Hafizah.

Bagi situasi di atas, bagi kami para surirumah di daam komuniti Akademi bekerja di rumah menyimpulkan begini;

1.Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak-anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar-benar majikan.

2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.


Perkara yang paling difikirkan oleh ramai wanita bekerja ialah tiada rezeki atau bentuk wang yang akan mereka dapat setelah berhenti. Gaji suami pula belum tentu dapat menanggung perbelanjaan peribadi ketika sewaktu kerja.

Kemewahan inilah sebenarnya satu dosa jika kita sentiasa fikirkan. Kerana berbalik semula kepada kenapa kalian membuat keputusan untuk berhenti. Jangan dinilaikan kemewahan dan kebebasan yang kalian nikmati dulu. Apa niat berhenti. Apa sebenarnya tanggungjawab anda sebagai isteri dan dimana sebenarnya tempat anda selepas berkahwin.

Di akademi kami menyediakan ruang kalian berbisnes hanya dari rumah.

Ada 3 produk jualan yang disediakan di sini
1. Pakej kelas asas blog
2. Ebook
3. Ruang pengiklanan bagi para peniaga

Latih tubi setiap hari dari RM 10, RM 20, RM 50 hingga RM 100.

Selagi anda ada semangat untuk ubah hidup anda bersama suami dan anak tersayang. In shaa Allah kami sentiasa kejayaan kalian walau di mana kalian berada.


Lebih banyak perkongsian wahm di dalam ebook super wahm., super mom.

Boleh juga dapatkan ebook ni dalam pakej jimat bulan januari.

Atau sertai kelas asas blog dimana ebook ini sebagai bonus percuma buat kalian.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan