Tahun ini merupakan tahun ke empat, diriku bergelar sebagai seorang pelajar master di Universiti Malaysia Pahang. Mendaftar pada bulan September, 2012 dan akhirnya perjalanan turun naik di sini selama 4 tahun. Paparan misi untuk graduasi pada tahun ini semakin jelas di ingatan.
Bak kata penulis, buku KATM, Onny Mustafa, kita bayangkan impian kita terlaksana dan in shaa Allah dengan doa, tawakal dan mintalah kepada Allah apa yang kita hajatkan akan terlaksana.
Tinggal beberapa minggu lagi sebelum berakhirnya pelajaran saya di UMP. Perjalanan penulisan tesis semakin baik, sekarang saya menyiapkan diri bagi persediaan presentation pre-viva dan akhirnya viva kemudian proses penjilidan tesis master. Dan in shaa Allah selepas itu, saya boleh kembali fokus kepada rumahtangga, anak-anak dan bisnes online. Mudah-mudahan amiinnn.
Awal pagi tadi, rakan seperjuangan saya di UMP juga merupakan penulis sama bagi jurnal yang diusahakan ini mengumumkan bahawa manuskrip kajian kami mengenai grapehene telah berjaya disiarkan sebagai "accepted manuscript" di Jurnal Arabican, keterangan mengenai jurnal kami seperti di bawah.
Accepted Manuscript
In situ growth of redox–active iron–centered particles on graphene sheets for
specific capacitance enhancement
Puteri Emme Marina, Gomaa A.M. Ali, Li Min See, Ellie Teo Yi Lih, Eng-Poh
Ng, Kwok Feng Chong
PII: S1878-5352(16)00031-9
DOI: http://dx.doi.org/10.1016/j.arabjc.2016.02.006
Reference: ARABJC 1843
To appear in: Arabian Journal of Chemistry
Received Date: 23 November 2015
Accepted Date: 4 February 2016
Syukur alhamdulillah. Impact faktor bagi jurnal ini pula ialah 3.7. Agak cemerlang namun harus saya nyatakan jutaan terima kasih buat rakan teamwork saya, Gomaa Sanad dan supervisor, Dr. Chong kerana banyak sangat membantu dari segi penulisan semula dan penambahan data agar jurnal ini berjaya diterima oleh jurnal tersebut. Ia mengingatkan saya bahawa kita sebagai manusia tidak akan mampu berjaya keseorangan. Ianya sentiasa bersama rakan dan mentor serta bimbingan-bimbingan rakan-rakan yang lain.
Masih tidak boleh bergembira kerana masih ada kerja yang harus dilaksanakan. Doakan agar saya berjaya dengan cemerlang dalam mempersembahkan kajian pelajaran saya di pre-viva dan viva ye rakan-rakan sekalian.
Doa dari ibu bapa, suami dan rakan-rakan amatlah bermakna buat saya. In shaa Allah semoga kalian juga menemui kejayaan walaupun kecil tetapi setiap kejayaan inilah menjadi pendorong kepada kejayaan yang lain.
Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya,
Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan