Apakah Ciri Yang Unik Mengenai Stevia?

Apakah Ciri Yang Unik Mengenai STEVIA?

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

Kajian juga mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.



Ulasan penulis

Ramai di kalangan kita mempunyai salah faham mengenai stevia ini. Stevia merupakan pemanis gula namun bukan sekadar rasa yang manis dan tanpa kalori. Tetapi stevia mempunyai nilai perubatan yang amat mengagumkan.

Bayangkan dengan hanya bertukar dari gula pasir ke gula stevia, kita sebenarnya sedang bertukar ke gaya hidup yang lebih sihat.

walaupun nampak remeh isu gula ini. Tetapi telah banyak kajian membuktikan bahawa banyak penyakit hadir apabila kita mengamalkan gula pasir. Sedap yang membawa bahaya kepada diri kita dan keluarga.

Sayangilah keluarga kalian.

Jika bukan kita yang merubahnya, siapa lagi?


Artikel ini tentang produk pemanis tiruan yang dibuat bagi menggantikan gula pasir. Malangnya, ia mampu memudaratkan kesihatan malah lebih membahayakan diri kita.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan