Bulan Februari Bulan Mengenal Diri dan Pencipta, Allah s.w.t.

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum pembaca semua,

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di ruangan blog ini dari hati ke hati. Bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan keluarga besar akademi bekerja di rumah. Sebenarnya antara dua label penulisan yang kami harus coretkan iaitu catatan harian dan catatan pengalaman merupakan kelemahan utama penulisan saya. Bukan tidak sudi untuk menceritakan, tetapi adakalanya saya masih tidak yakin akan kebolehan diri menulis dan menjadi inspirasi kalian. 

Siapa sahajalah saya ini. 

Ini yang sering saya rasakan. Masya Allah, sebenarnya saya sama seperti rakan-rakan pembaca juga, saya seorang yang terlalu rendah diri, merasakan diri ini tiada apa untuk dikongsi, alahai.. apa sangatlah kisah hidup saya berbanding orang lain. 

Bisikan-bisikan kecil ini selalu mengganggu saya, memenuhi ruang benak fikiran lalu saya simpankan sahaja segala perkongsian dikunci dalam hati dan benak saya sendiri. 

Ya, bukan mudah untuk berbicara. Mahu disimpan juga mahu rasa dikongsi. Bila lihat penulisan rakan-rakan lain, terasa pula alangkah ruginya jika perkongsian yang bermanfaat ini terkubur. Bukannya aku melakukan dosa jika dikongsikan penceritaan kisahku, ianya bukan aib. Ianya satu pengajaran buat diri dan teman. Jika baik, maka ambillah ia. Jika tidak sesuai, anggaplah ia sebagai satu pengalaman diri saya buat kalian supaya dapat dijadikan pengajaran dan iktibar. 

Sudah hampir masuk bulan ketiga tahun 2016, Mac hampir menjelang. Bagaimana azam kalian? Sudahkah cuba usahakan mendapatkannya? Bagaimana pencarian ilmu dan amal? 

Bulan Februari ini banyak mendidik jiwa saya mengenal Allah dan diri sendiri. Terasa begitu kerdil dan hina apabila sering bersangka buruk dengan pencipta. Kita begitu menginginkan dunia hingga rasa bahawa Allah tidak adil dengan diri kita. atau mungkin kita sudah berusaha tetapi Allah masih tidak makbulkan hajat kita. Ini salah. Yang sebenarnya salah kita dalam melihat perspektif sebagai seorang manusia sedangkan DIA adalah PENCIPTA. 

Saya seorang surirumah. Cara juga berbeza, bagaimana jika seorang suri mahu mulakan perniagaan atau mahu memulakan bisnes online? Kebocoran dalam rezeki, kekosongan dalam jiwa sebagai hamba, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ini semua merupakan faktor mengapa diri kita sering tersekat rezeki dalam perniagaan. Ada adab rupanya, ada cara dan tertibnya. Cuma kita tidak nampak kerana terlalu mahu mengejar sesuatu yang dihadapan. Lupa tepi dan belakang pula :)

Izinkan saya bermula semula penulisan saya di sini ya? Alangkah seronoknya jika apa yang bakal saya kongsikan dapat membantu suri-suri di rumah pula. Tidak kiralah siapa pun jua kalian, semoga ada terselit pengajaran dan iktibar dalam setiap entri yang bakal saya coretkan di sini.

Saya sayang setiap nikmat Allah. Saya bersyukur di atas setiap pemberian rezeki yang diberikan oleh Nya. Semoga saya dapat menjadi isteri, ibu dan peniaga online yang berjaya dan istiqomah dalam amalan mencari harta dunia dan akhirat. 

Duit bukanlah segalanya, tetapi jika kita berduit, kita mampu membantu dan bersedekah sebanyak mungkin. Bukankah itu lebih kaya dari orang kaya yang bersifat kedekut?


Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya,


Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan