Kelebihan Berpuasa 2 Kali Seminggu Kini Terbukti Melalui Kajian Saintifik

Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah kita 5 series ni istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kai seminggu-- Isnin dan Khamis atau sebulan tiga kali. 😃

Semoga bertemu lagi di entri yang lain, Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan