Rezeki Usaha Kita Atau Kurniaan Allah? Jangan Bertuhankan Diri Sendiri

Teks: Emme Marina Mohamad
sumber: grup wassap ATJ

Jangan bertuhankan Diri Sendiri.
.
Kisah yang saya kongsikan ini amat menarik perhatian saya. Rata-rata kita sanggup mengenepikan Allah kerana hal sendiri. Sedangkan sadisnya hidup dan nyawa kita ini Allah yang gerakkan. Setiap langkah, setiap nafas, setiap bukaan mata semuanya adalah kuasa Allah. Kasih sayang Dia kepada hamba Nya memberikan kita kesempatan waktu untuk terus bernyawa.

Tetapi kita sebagai manusia, manusia di bumi Malaysia kini saya lihat amatlah menyedihkan. Ramai tidak segan silu melakukan maksiat apatah lagi tidak langsung mempedulikan masuknya azan. Masjid kosong sedangkan pembinaan dibuat hampir setiap tempat. Masya Allah, betapa jahilnya kita sebagai hamba Nya.

Begitu juga dengan rezeki. Sesungguhnya rezeki harta dan wang ringgit itu datangnya dari Allah.

Realiti yang kita selalu fikir dan nampak.

Belajar - bekerja - gaji - datangnya dari syarikat.
Berniaga - untung - hasil jualan - datangnya dari produk dan usaha sendiri. - mungkin teknik-teknik dan sifu yang ajarkan.

Ini adalah contoh paling jelas bertuhankan diri sendiri.

Jika tiada kerja, tiada gaji.
Jika tiada hasil jualan, tiada untung.

Sesungguhnya kita silap besar, ini boleh mensyirikkan dan merosakkan akidah kita semua.

Allah yang bagi gaji.
Allah yang bagi untung.

Bukan syarikat.
Bukan hasil jualan.
Bukan usaha sendiri.
Tetapi Allah s.w.t

Telah diterangkan dalam alquran.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)


Ini adalah kisah pelajaran seorang pemuda pencuri kain kapan dan gurunya, Imam Nawawi. Bala bagi manusia yang bertuhankan diri sendiri.

1. Pada zaman Imam Nawawi, terdapat seorang pemuda yang ingin mencari seorang ulama untuk menimba ilmu agama. Lalu, pemuda berjaya menemui Imam Nawawi dan meminta izin kepadanya untuk belajar daripada Imam Nawawi.

2. Maka Imam Nawawi menerima pemudanya sebagai anak muridnya dan setiap hari, pemuda tersebut belajar dengannya. Sepanjang hidupnya bersama Imam Nawawi, Imam Nawawi tidak pernah bertanya mengenai diri pemuda itu.

3. Pada suatu hari, pemuda tersebut bertekad untuk menceritakan tentang hal dirinya pada Imam Nawawi (IN) kerana sudah lama pemuda tersebut belajar dengan IN tetapi gurunya tidak tahu mengenai diri pemuda tersebut.

4. Maka ditanya pemuda tersebut,

Wahai guruku, kenapa engkau tidak pernah bertanya mengenai perihal diriku sepanjang pembelajaran aku bersama kau selama ini?

Lalu dijawab oleh Imam Nawawi,

Aku hanya gurumu  dan tugasku adalah untuk mengajar ilmu kepada mu. Aku tidak perlu tahu mengenai diri mu, wahai pemuda.

Pemuda itu menjawab,

Aku tetap mahu menceritakan mengenai diri aku dan sejarah hidup ku kepada kamu, wahai Imam Nawawi dan aku ingin bertanya sesuatu.

Maka, Imam Nawawi bersetuju dengannya dan pemuda itu bercerita mengenai sejarah kehidupannya,

Sebelum aku datang berjumpa kamu, aku merupakan pencuri kain kafan di kampung ku. Setiap kali, ada kematian, itulah punca rezeki aku dan aku pasti akan mencurinya selepas selesai pengebumian mayat. Selepas itu, aku akn menjual semula kain kafan tersebut untuk diguna semula. Itulah kehidupanku. Namun begitu, aku sudahpun bertaubat kepada ALLAH dan aku berjanji untuk mencari ulama sebagai satu cara menebus kesalahanku pada masa lalu.

Soalan yang aku ingin tanya kepadamu, wahai guruku ialah sepanjang pekerjaanku sebaga pencuri kain kafan, aku terjumpa satu perkara pelik kepada mayat-mayat yg aku jumpa. Daripada 10 mayat yg aku jumpa, 8 mayat berpaling dari arah kiblat dan 2 mayat berkedudukan ke arah kiblat. Mengapakah 8 mayat itu berpaling daripada arah kiblat?

Setelai Imam Nawawi mendengar persoalan yang ditujukan oleh pemuda tersebut, beliau menjawab,

Sesungguhnya, mayat yg kau jumpa berpaling dari arah kiblat merupakan manusia yang mencampuri urusan pentadibiran ALLAH ketika hidupnya.

Pemuda itu bertanya lagi,

Apakah yg dimaksudkan dengan mencampuri urusan pentadbiran ALLAH?

Imam Nawawi berkata,

Yang dimaksudkan ialah manusia yg merasakan dirinya ialah punca rezeki kehidupannya dan manusia yg lupa untuk bersyukur dengan kuasa yg ALLAH berikan kepadanya. Dengan kata lain, manusia yg bertuhankan diri sendiri.

5. Berdasarkan cerita tersebut, ia menyentuh isu bertuhankan manusia ataupun diri sendiri. Mungkin ramai yg tidak jelas mengenai maksud tersebut. (Bila sebut tuhan manusia, teringat kisah Firaun)

6. Contoh realiti, manusia yang mempertikaikan rezeki yg mereka memperoleh dengan mengatakan usaha mereka lah punca rezeki bukan ALLAH.

Misalnya,

Leman: Malik, jomla kita pergi surau solat jemaah.

Malik: Aduh bro. Tak boleh la. Ade kerja nak buat. Kalau aku tak kerja sapa yg nak bg makan anak bini aku.

Leman: Alah, sekajap lagi buat la. Tak lama pun.

Malik: Solat kt rumah pun boleh. Tak de beze nye.

7. Ini contoh yg dimaksudkan oleh Imam Nawawi (saya terlupa  nama ustaz yg terangkan). Kita lebih mementingkan kerjaya, kerja dan kehidupan manusia daripada ALLAH. (dush dush dush insaf)

8. Contoh lain sangat banyak seperti kerajaan yg tidak mahu turun-turun dengan menggunakan rasuah dan macam2 lagi untuk mengekalkan pemerintahan walaupun rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada mereka.

9. Secara rumusannya, manusia yg bertuhankan diri sendiri ialah manusia yg tidak mempunyai sifat pergantungan dirinya kepada ALLAH dalam kehidupannya. Maka, kawan-kawan jangan kita lupa kepada ALLAH tidak kira waktu senang waktu susah.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan