Sumber:
Sembelit usah dipandang ringan
Wartawan Sinar Harian5 Februari 2014
Sembelit usah dipandang ringan
Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna menyebabkan kanser kolon.
DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.
Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.
Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.
Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.
Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.
Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
Bahan bertoksik
Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.
Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.
Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.
Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.
Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.
Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.
Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.
DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.
Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.
Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.
Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.
Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).
Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.
Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).
Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.
Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.
Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.
Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.
Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.
Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.
Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.
Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.
Polyp dan kanser
Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.
Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.
Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.
Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.
Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.
Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.
Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.
Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.
Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.
Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.
Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.
Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.
Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.
********************
Masalah sembelit ini jika kita fahami dan amati ianya selain berlaku akibat diri sendiri yang suka melengahkan tanda membuang air besar juga kerana keasidan sel di dalam badan.
Makanan berasid seperti gula, daging merah serta tinggi protein perlu dijaga supaya seimbang. Manakala penggunaan gula pasir pula boleh terus digantikan dengan pengambilan gula yang lebih sihat iaitu gula stevia.
Gula stevia bersifat alkali tinggi dan mampu mencuci usus bagi melancarkan pencernaan sistem badan kita. Selain itu, gula stevia dapat meneutralkan asid dalam badan dan bonus kepada penghidap kanser ialah gula stevia ini membunuh sel-sel kanser berbanding gula pasir iaitu makanan aktif kepada sel kanser. Haaa, bayangkan ya pembaca sekalian.
Sejenis manisan yang sama tetapi fungsi yang jauh berbeza.
Satu gula yang memudaratkan kesihatan
Satu lagi gula yang menyihatkan tubuh badan.
Saya sendiri sering mengalami sembelit dan sukar membuang hingga adakalanya 3 ke 4 hari baru boleh membuang. Ditambah lagi kurang meminum air masak dan hanya suka meminum minuman manis sahaja. Alhamdulillah, sejak bertukar ke gula stevia. Tiada lagi sembelit dan masalah sukar membuang air besar.
Perut sihat, badan cergas.
Hubungi saya untuk mendapatkan gula stevia
Emme Marina
0189100852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan