40 Wasiat Habib Umar Untuk WANITA MUSLIMAH

40 WASIAT HABIB UMAR UNTUK WANITA .

1- Di dalam kehidupan ini, kita mengambil sebuah tindakan melalui beberapa faktor yang mana faktor-faktor tersebut akan MEMPENGARUHI KEHIDUPAN kita (contoh pakaian kita)

2- Di negara bukan Islam, kedudukan WANITA di tempat kehinaan dimana hak mereka tidak seperti hak-hak wanita Islam yang terpelihara.

3- WANITA adalah FAKTOR UTAMA dalam menciptakan SAKINAH dikalangan manusia seperti dalam rumahtangga bersama suami dan anak-anak.

4- Dengan cara BERHIKMAH, WANITA dapat ciptakan suasana keharmonian.

5- WANITA memainkan peranannya untuk mencipta suasana hikmah (iaitu SAKINAH itu).

6- Bilamana WANITA menyedari TANGGUNGJAWABNYA dicptakan di BUMI, dirinya dapat menyedari peranannya sebagai ANAK PEREMPUAN dan IBU dan ISTERI.

7- Bila PEREMPUAN itu sudah sampai usia baligh, dia perlu menyedari bahawa DIRI BELIAU TAK AKAN DIDEDAHKAN KEPADA ORANG LAIN.

8- Dua LANGKAH oleh Ibubapa terhadap anak perempuannya;

i) Anak PEREMPUAN yang belum baligh masih dijagaan ibubapanya yang tak dapat untuk menafkahkan dirinya, pakaian dirinya dan tak dapat nak tanggung segala keperluannya, maka ketentuan dalam keperluannya ditanggung oleh ibubapanya seperti yang di dalam aturan agama.                  

ii) Pembentukan anak yang tak baik BERPUNCA daripada ibubapanya sendiri jika Ibubapanya tidak mengambil berat tentang factor-faktor yang tidak baik di luar. Bila anak itu sudah baligh, tanggungjawab  kepada dirinya dan orang-orang lain lebih besar.

9- Boleh jadi FITNAH kepada anak perempuan itu bilamana tidak menjaga kehormatannya. Maka sabda Rasulullah SAW, “'Aku tidak tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain fitnah wanita.”.

10- Sebab terjaganya kehormatan masyarakat dan bebas dari Fitnah dalam masyarakat dan juga faktor LELAKI yang beribadah kepada ALLAH SWT, melainkan kerana PEREMPUAN. (iaitu perempuan yang menjaga kehormatan mereka).

11- IBU itu adalah MADRASAH kerna ia merupakan factor pembentukan anak-anaknya. Bilamana kamu siapkan madrasah itu dengan sempurna, maka kamu akan siapkan generasi yang MANTAP. Ini antara maksud syair.

12- IBU dapat mempengaruhi kebaikannya kepada orang-orang disekelilingnya.

13- PEREMPUAN perlu menjaga kehormatannya SEBELUM PERNIKAHANNYA, bilamana dia mempunyai SIFAT yang mana sifat itu diumpamakan seperti Nabi SAW iaitu Nabi SAW lebih malu daripada anak gadis di biliknya.

14- Perumpamaan ini dikatakan oleh Sahabat sehinggakan SIFAT MALU itu menjadi di kalangan wanita di zaman itu meskipun mereka dekat dengan zaman Jahiliyah.

15- APAKAH BAIKNYA JIKA PARA SAHABAT LIHAT ANAK2 GADIS DI ZAMAN SEKARANG??? Pastinya sahabat tiada kalimah untuk nak mengumpamakan anak2 gadis zaman sekarang (SPEECHLESS GITU..Allah..

16- Kadang-kadang kita lihat ANAK DARA sekarang LEBIH BERANI dalam PERCAKAPANNYA daripada IBUnya dan NENEKnya.

17- Kita lihat di zaman sekarang, berlaku kecelaruan di kalangan anak-anak gadis kita.

18- Walaupun disebutkan sifat-sifat tak baik bagi sesetengah PEREMPUAN yang TIDAK menjaga kehormatannya, namun TAK DINAFIKAN masih ada yang menjaga kehormatan mereka.

19- Masih ada golongan WANITA yang menjaga kemurniaan agama di kala kesesatan yang berlaku.

20- Walaupun berlaku kemunduran dan kerosakan itu, jumlah yang ramai itu (jumlah WANITA yang baik itu), dapat menyedarkan jumlah WANITA yang dalam kesesatan itu. Seperti yang pernah berlaku di zaman Nabi terdahulu, yang tetap akan muncul PEREMPUAN-PEREMPUAN yang berusaha untuk mengembalikan agama dan menarik masyarakat untuk kembali kepada agama.

21- Walaupun telah banyak berlaku kerosakan, hendaklah ia menjadi sebab untuk kita MEMPERBAIKI DIRI KITA.

22- Melalui pernikahan, LELAKI YANG BAIK akan mencari CALON ISTERI YANG BAIK dari aspek agama daripada aspek yang lain. Demikian juga PEREMPUAN akan pilih LELAKI YANG BAIK. Sabda Nabi SAW: ““Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muk a bumi.”
( HR Tarmidzi dan Ahmad )

23- Maksud ‘bila engkau tidak lakukan’ adalah bilamana tak pilih calon yang baik maka akan berlaku perkara-perkara yang tak baik. Jika neraca pilihan melalui harta, akan berlaku kecelaruan dan kerosakan dalam rumahtangga dan berlaku FITNAH yang besar.

24- Bilamana seorang pemuda Lelaki & Perempuan mempunyai tujuan yang benar untuk berkahwin, mereka ini akan jadi sebab untuk berbakti kepada ibubapa mereka dan menunaikan hak ke atas tanggungjawab mereka, memuliakan apa yang dimuliakan oleh Allah dan merendahkan apa yang direndahkan oleh Allah Taala.

25- Pandangan SUAMIISTERI INI terhadap dunia ibarat sebuah ladang untuk memetik buah di akhirat nanti.

26- KELUARGA YANG BAIK, yang mengetahui hak2 ini (seperti disebut di atas), apabila ada masalah, mereka akan mengambil sikap yang membentuk sikap yang baik ke atas keluarga mereka.

27- Betapa besarnya peranan mereka untuk membaiki masyarakat sehinggakan suami dan isteri itu apabila mempunyai masalah, masalah itu adalah mereka memikirkan kemaslahatan Umat.

28- Boleh jadi laknat Allah apabila perempuan (isteri) itu bila ada masalah dia lari dari bilik mereka. Tak akan jumpa Allah, bagi orang yang melakukan dosa.

29- Maka, perlulah PEREMPUAN itu TAAT dan PELIHARA agama untuk menjadikan asbab kepada penyelesaian masalah di dunia ini.

30- Berapa ramai WANITA yang menjadi seperti Mariam, Khadijah, Fatimatun Zahra, Aishah? Keagungan mereka bisa menjadi tauladan kepada ANAK-ANAK GADIS ketika ini.

31- FatimatunAzzahra itu penghulu wanita di syurga, (Adakah kita tak mau ikuti beliau ke syurga atau kita pilih ke neraka??)

32- Bilamana ada wanita yang berpakaian tapi telanjang disebutkan mereka adalah golongan wanita yang akan masuk ke neraka. Bila anak-anak kita ikuti wanita-wania telanjang ini, ke mana mereka akan bawa anak-anak kita?? Sedangkan FatimahtunZahra mengajar anak-anak kita untuk ke syurga.

33- Sungguh, ganjaran anak-anak muda LAKI & PEREMPUAN yang baik itu akan juga kepada ibubapanya. Dan dosa serta maksiat anak-anak muda akan dapat kepada ibubapanya.

34- Kehormatan WANITA BUKAN lah dari, membuka aurat, bebas pergaulannya dan punyai harta yang banyak.

35- Lihat, bagaimana S.Khadijah r.anha punya banyak harta dan menginfakkan hartanya ke jalan agama. Meskipun beliau kaya dan punya bisnesnya yang luas, beliau masih menjaga kehormatannya dari bergaul bebas dengan lelaki.

36- Beliau tak mengambil suatu tindakan sehinggakan dapat bergurau dengan kaum bukan sejenis. Bilamana terlibat seorang WANITA dengan lelaki mesti tahu cara nak berinteraksi dengan mereka, bermuamalat dan beri batasan pergaulan.

37- Jika Nabi SAW lihat apa yang berlaku sekarang, pasti Nabi tak benarkan perempuan ke masjid.

38- Bukanlah kekayaan atau kemiskinan menjadi penghomatan seorang WANITA, tetapi akhlaq.

39- Bila diizinkan Allah untuk masuk telaga, maka kamu akan lihat wajah Fatimatuzzahra. Amat tidak berbahgialah WANITA pada zaman ini yang tidak melihat wajah mereka.

40- Tingkatkanlah NIAT kamu sementara berada di dalam majlis ilmu ini, moga Allah catatkan nama-nama kamu-kamu semua wahai Muslimat ke dalam syurga, moga Allah beri hubungan kuat di antara kalian dengan S.Fatimah, S. Khadijah, S. Aishah r.a dan wanita-wanita solehah yang lainnya, moga kita berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha dengan kita.

ALLAHUMMA AMEEN

8 Mac 2016, Petikan dari ceramah Habib Umar bin Hafidz di Masjid Al-Falah USJ 9, MALAYSIA

Sumber : Ustazah Fatimah Syarha ( USB )


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan