Lintas langsung kelas asas blog cikgu anys
Motivasi menulis
-Menulis untuk bisnes
-Menulis sebagai diari
-Menulis untuk beri manfaat melalui ilmu
-Menulis untuk popular
Menulis sama juga dengan niat kita bermula, jika kita niatnya mahu menyebarkan ilmu, motivasinya berterusan tanpa ada halangan.
Sedekah melalui penulisan juga satu cara memberi nilai kepada masyarakat.
Alhamdulillah sudah 7 Mac, bagi yang selesai 44 entri cabarannya bagaimana meneruskan kesinambungan?
Itulah yang membezakan matlamat asal kita apabila sudah bermula, bertahan dan meneruskan. Jangan stop dan berhenti sehingga selesai 44 entri sahaja. Niatkan menulis berterusan jangan hanya untuk tugasan kelas :)
Boleh boleh
In shaa Allah, tentu sahaja boleh
Entri 44 ini kan, kita boleh habiskan dalam beberapa minggu atau 44 hari atau mengikut masa senang kita.
Antara trik yang diajarkan di dalam kelas ialah, buat jadual entri bermakna satu hari anda boleh sahaja siapkan 3 ke 5 entri. Tidak ada masalah, kemudian jadualkan entri ini mengikut kesesuaian masa.
Jadilah blog anda kekal aktif setiap hari. :)
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan