Projek DIY Rumah Kucing

Teks: Emme Marina Mohamad


Pada minggu lepas, akhirnya setelah diwar-warkan oleh encik suami untuk menyiapkan rumah kucing benar-benar berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah, di atas kudrat dan izin Allah swt.

Tanpa izin Dia, tidak mungkin projek ini dapat dilaksanakan.

Pulang dari Temerloh selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan kerja suami, suami singgah di kedai hardware untuk membeli bumbung rumah kucing.

Sebaik sahaja selesai solat asar, bermulalah projek diy suami di belakang rumah dengan hanya menggunakan kayu yang sedia ada. Kayu ni baki dari projek diy kabinet dapur rumah kami ni setahun yang lepas. Alhamdulillah, ada juga projek yang masih boleh diusahakan menggunakan kayu-kayu ini.

Mula-mulanya suami menyiapkan asas rumah kucing seorang diri kemudian saya bantu pula apabila dilihat asasnya sudah siap. Bekerjalah kami di belakang rumah sehingga jam 7 malam juga tau. Projek diy rumah kucing yang saya kira suami designkan secara spontan dan ditambah baik dari masa ke masa pada masa yang sama.


Jika dibeli, mungkin sudah menelan belanja RM 200 ke RM 400. Ini menggunakan steel kan. Kami hanya gunakan kayu dan pagar plastik yang boleh didapati di mana-mana kedai hardware. Lebih jimat kos, namun sedikit usaha diperlukan dan peralatan yang sesuai.

Projek diy ini siap selepas 2 hari. Siapkan pada waktu petang sahaja hingga ke malam pada hari ahad pula. Alhamdulillah. Walaupun tidak rapi seperti di kedai ataupun tidak cantik. Tetapi dapatlah anak-anak kucing tinggal di situ dari tidor di celah-celah kayu sebelum ini.

Kisahnya tiba-tiba ada ibu kucing datang tinggal di belakang rumah kami setelah selamat bersalin. Jadi kesian dan tidak tahu mahu letak di mana dan pada masa sama mahu jaga persekitaran daripada rumah dikencing dan najis di merata tempat. Encik suami pon menyiapkan rumah kucing ini.

Mungkin projek ini boleh dijadikan panduan bagi penggemar kucing diluar sana yang turut mahukan rumah kucing pada harga yang sangat jimat.

Dalam projek ini, saya hanya bantu sahaja. Tidak mahir gunakan tukul. Seronok dapat bekerjasama dengan encik suami walau asyik kena marah. Hehe.


Cuba buatkan ala-ala sangkar kucing di taman. Susunkan pokok supaya redup untuk kucing bermain dan tidur.

Alhamdulillah. Sebenarnya belum siap habis ni. Bahagian atas kami belum tutup sepenuhnya. Tetapi disebabkan kucing masih kecil, mereka tidak berani untuk keluar. Cuma ibunya sahaja yang keluar masuk dari situ untuk menyusukan anak-anaknya.

Nanti mahu mandikan kucing-kucing ini pula. Seronok kan bela kucing?


Dari Allah kepada Allah.

Bertemu lagi di lain entri ya.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan