Sanggup Korbankan Keluarga demi Kejayaan?

Sumber: Irfan Khairi


Dalam mengejar kejayaan, pastinya memerlukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang dilakukan, jangan pula sehingga perlu korbankan sesuatu yang lebih bermakna daripada kejayaan yang dikejar itu.

Ada juga usahawan hebat berniaga yang sibuk 24jam sehari sehingga hal rumah tangga, suami, isteri dan anak-anak dibiarkan. Walaupun matlamat, bekerja dan berniaga untuk membantu keluarga, namun dalam proses mengejar kekayaan itu sendiri, matlamat utama itu juga yang diabaikan.


1. Berikan masa kepada keluarga

Sememangnya mengejar kejayaan memerlukan usaha. Dan apabila memerlukan usaha, pastinya memerlukan masa juga. Apabila mempunyai masa terluang, itulah masanya untuk bersama keluarga.

Mengikut Wilfredo Pereto, undang-undang 20-80, bermaksud 20% daripada usaha kita akan memberi pulangan 80%. Dalam mengejar kejayaan, anda juga boleh menggunakan amalan ini. Tidak semua masa kita akan efisyen dan optimum bekerja sahaja. Beri tumpuan fokus kepada 20% daripada masa kita yang memberikan 80% pulangan dalam mencapai kejayaan.

Dengan mengenal pasti masa yang paling optimum diluangkan untuk mengejar kejayaan, ini akan memberi anda lebih banyak masa terluang untuk keluarga tercinta!

2. Berikan kasih sayang kepada keluarga
Rezeki bukan pada wang ringgit sahaja. Rezeki itu pelbagai, termasuk juga keluarga. Memberi kasih sayang tanpa had kepada keluarga akan mendapat kasih sayang kembali daripada mereka – rezeki yang amat baik!

Mengejar kejayaan adakalanya dipenuhi turun naik dan liku-liku rintangan. Adakalanya akan tertekan dengan keadaan. Di sinilah kita memerlukan sokongan dari keluarga.

Jangan pula kita mengharapkan sokongan, bimbingan dan kasih sayang dari keluarga sekiranya kita sendiri tidak memberikannya. Kasih sayang akan berbalas. Berikannya kepada keluarga tercinta.

3. Berikan kesenangan dan keselesaan


Apabila mengejar kejayaan sudah tentunya untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada keluarga. Wang bukan segala-galanya, tetapi, segala-galanya memerlukan wang. Dengan wang, dapat memberi pendidikan terbaik kepada keluarga. Dengan wang juga dapat memberi kesihatan terbaik kepada keluarga. Dengan wang pastinya hidup sekeluarga semakin selesa.

Jangan kedekut bak Haji Bakhil dalam filem P Ramlee. Wang banyak, tapi tidak pula dibelanjakan untuk kebahagiaan keluarga. Jangan juga mengejar kejayaan sehingga wang dijadikan punca melakukan kesalahan dan maksiat. Memang terjadi disekeliling kita apabila wang mengaburkan mata dan membawa mereka ke jalan yang tidak betul dan sekali lagi menyakitkan keluarga dari segi zahir mahupun batin.

Pastikan niat mengejar kejayaan adalah betul. Mengejar dunia sahaja tidak akan bahagia. Konsep umat wasattiah perlu diikuti, iaitu, hebat di dunia, hebat juga di akkhirat. Hebat dalam kejayaan hebat juga bersama keluarga!

----------------------------------------------
Ini kisah saya,


Sebelum saya berumahtangga, kejayaan merupakan satu mercu tanda yang menunjukkan kewujudan saya sebagai seorang wanita berpendidikan tinggi. Mempunyai ijazah di dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia membuatkan saya rasa bahawa saya perlu bersaing bersama kaum adam untuk merebut peluang pekerjaan dan sekaligus membuktikan bahawa wanita itu mampu lakukan seperti mana mereka. Kita wanita, boleh menjadi seorang jurutera di kilang-kilang besar bertaraf multinational atau international dan menggalas tanggungjawab yang sama. Cita-cita saya ialah untuk menjadi salah seorang jurutera yang disanjungi oleh rakan-rakan sekerja dan akhirnya mendapat taraf lebih tinggi dari sekadar seorang jurutera. 

Namun, semuanya berubah apabila saya berkahwin. Cita-cita untuk meletakkan nama sebagai seorang jurutera berjaya terkubur dan lahir sebuah impian untuk menjadi seorang isteri mithali, setia dan taat buat suami. 

Kini, saya sudah memiliki 3 orang cahaya mata setelah 7 tahun perkahwinan. Saya bangga menyatakan bahawa saya ialah seorang surirumah. Berniaga di rumah sambil menjaga anak-anak walaupun agak sukar ada masanya, bukan senang untuk menjaga anak, menguruskan rumah luar dan dalam kemudian menguruskan perniagaan dan ajen serta bimbingan ajen. Pada masa sama, saya juga menggalas jawatan sebagai setiausaha ngo amal till jannah dan menguruskan beberapa tanggungjawab lain di ngo tetapi bagi saya, ianya amat memuaskan. Dalam tempoh, menjadi ibu bekerja di rumah ini banyak yang telah saya belajar. Kita belajar mensyukuri nikmat Allah s.w.t, melihat anak membesar di rumah, lebih bersyukur dan kasih pada suami di atas kerja keras beliau menyara kami. 

Saya amat bersyukur dengan pilihan menjadi surirumah. Ada masanya saya sunyi tanpa rakan di sisi tidak seperti zaman bujang dahulu tetapi akhirnya keluarga inilah yang akan memayungi kita di akhirat kelak. Doa mereka, kasih sayang mereka.

Saya berharap jika anda wanita yang membaca entri ini, memahami bahawa tugas sebagai surirumah itu amat mulia. Jangan sesekali kalian fikir bahawa rumah bukanlah tempat anda, dan anda perlu menggalas tanggungjawab lebih berat hingga perlu tinggalkan anak-anak dan suami. Berdoalah kepada Allah dan pohon pada Nya, in shaa Allah, Allah itu maha mengetahui dan maha memakbulkan doa kita. 

surirumah boleh berbisnes.
surirumah boleh menjana pendapatan sendiri.

yakinlah dengan rezeki Allah.
Dia yang memberi rezeki, bukanlah bos, bukanlah suami juga bukanlah syarikat.

Mintalah izin suami, dan mulalah usaha anda sebagai seorang surirumah bekerjaya.
anda pasti boleh lakukan!

Jika saya boleh, tentu sekali kalian boleh.


Mari sertai akademi bekerja di rumah, sepertimana juga saya dan ramai lagi surirumah, kami hanya menggunakan blog untuk menjana pendapatan sambil menjaga anak dari rumah. Kini, bisnes sudah menjadi satu trending yang amat popular buat kaum wanita yang tidak bekerja.


Semoga bertemu lagi di entri yang lain, 
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, 

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan