Tutorial Langkah Demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Bismillah..

Atas permintaan rakan niaga rcc stevia, inshaa Allah saya cuba sehabis baik menerangkan bagaimana kalian boleh buat sendiri facebook fanpage kalian ya.


Okay, sebelum kita bermula. Mungkin ada beberapa persoalan mengenai facebook fanpage dan apakah kepentingan facebook fanpage ini kepada peniaga khususnya.


Apa itu facebook fanpage?


Fanpage ialah salah satu applikasi facebook yang diciptakan khas untuk perniagaan, branding diri, kemasyarakatan atau apa sahaja yang membolehkan orang lain mempunyai akses untuk mendapatkan info bagi sesuatu produk atau perkara atau mengikuti sebarang aktiviti syarikat, idol dan termasuklah diri anda.

Ya, anda boleh bina satu facebook fanpage tentang diri anda selain memiliki akaun peribadi atas nama anda. Maka lebih ramai dapat lihat perkembangan aktiviti anda dan mengikutinya.

Manakala, bagi peniaga pula ianya merupakan satu medium kedai facebook yang wajib anda miliki sekiranya anda ingin memaksimakan peluang perniagaan anda di facebook. Di sini anda boleh membuat iklan berbayar, serta shopping cart di mana pelanggan boleh terus membeli produk anda di akaun facebook fanpage.

Mudah bukan?


Apa yang diperlukan untuk membuat facebook fanpage?

Jadi, kalian sudah memiliki akaun facebook? Jika sudah, maka kalian sudah tidak perlu untuk mendaftar akaun baru untuk memiliki akaun facebook fanpage, namun jika belum maka anda perlu mendaftarkan diri ya.


Jelas?

Saya mulakan sesi tutorial membuat akaun fanpage khas buat kalian semua, semoga entri ini dapat membantu kalian ya. Inshaa Allah. Tidak faham boleh komen.. :)


Anda boleh cipta fanpage ini melalui desktop dan handphone tetapi untuk lebih fungsi saya cadangkan penggunaan melalui desktop iaitu komputer/ laptop. Kenapa? Lihat gambar ya. Jom.


Tutorial Langkah demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Melalui desktop


Buka ke akaun facebook peribadi anda

Klik pada "Create page"

Pilih "Local business", pilihan ini terpulang pada kalian untuk tujuan apa ya. Untuk peniaga, anda pilih "Local business"


Isikan maklumat seperti di atas 

Info di atas kalian boleh isikan semasa proses pembinaan fanpage atau kemudian tetapi saya cadangkan terus isikan mengikut kriteria bisnes jualan kalian

Contoh maklumat yang saya buatkan

Letakkan gambar produk jualan

Contoh

Maksud laman ini ialah pilihan untuk anda letakkan fanpage anda di tepi facebook profile jadi anda boleh terus akses fanpage tersebut dengan mudah. Klik sahaja ya.



Okay. Ini adalah antara sebabnya mengapa untuk bina fanpage saya lebih gemar gunakan medium dekstop. Anda diberikan lebih pilihan untuk menyiapkan fanpage anda dengan lebih spesifik. 


Di laman ini anda boleh spesifikkan siapa pelanggan anda setelah anda mengenal pasti potensi pelanggan anda.


Jika anda melakukan servis cash on delivery (COD) maka anda boleh memilih potensi pelanggan di dalam daerah atau kawasan berhampiran.


Pilihan umur pula patut dikecilkan lagi, sebagai contoh mudah jika anda menjual produk barangan bayi maka pilihan 18 tahun adalah kurang sesuai. Hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja yang lebih cenderung menjadi pelanggan kalian. Setuju?  

 Siap!

Melalui handphone/ applikasi facebook apps (android)


Pergi kepada ruang profile facebook anda. Cari "Create Page"


Langkah ini sama seperti langkah di atas. Anda isikan sahaja maklumat yang diperlukan bagi kedai jualan anda




Siap!

Hehe. Pembinaan facebook fanpage menggunakan facebook apps adalah lebih ringkas namun anda kehilangan beberapa isi penting yang anda boleh pilih contohnya pemilihan audiense atau potensi pelanggan kalian. Walapun sebenarnya apabila anda buka fanpage anda di dekstop anda boleh juga isikan kemudian, tetapi persoalannya bagaimana jika anda sendiri kurang tahu tentang kewujudan perkara tersebut?

jadinya sampai bila-bila pon mungkin tak terisikan?

Alhamdulillah.. selesai satu bab dalam chapter "Tips Mula Berniaga Online"
.

in shaa Allah akan menyusul lagi selepas ini lebih banyak tutorial yang menarik dan applikasi bisnes yang boleh anda miliki. 

Teruskan bersama saya ya.


Semoga tutorial ini dapat membantu kalian semua.

Sampai ketemu lagi.







Admin
Emme Marina
0189100852
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan