Teks: Emme Marina Mohamad
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca,
Alhamdulillah, meriah kembali blog utama saya kini dengan pelbagai produk jualan terbaru yang bakal saya kongsikan buat anda semua.
Sebenarnya beberapa minggu yang lepas, saya telah menyertai bisnes jualan tudung labuh, selain daripada penghijrahan saya sendiri dengan menutup aurat lebih baik dari sebelumnya. Saya juga mahu turut berkongsi bersama kalian mengenai kecantikan tudung labuh yang ada dipasaran dengan harga yang amat berpatutan dan murah inshaa Allah. Harapan saya, izinkanlah saya berdakwah secara senyap dengan berkongsikan kegembiraan ini bersama muslimah semua.
Tudung labuh ini amat saya gemari kerana beberapa sebab:
1. Mudah dipakai dan digayakan
2. Tidak jarang
3. Labuh menutup aurat (bidang 55 dan bidang 60 malah ada extra labuh tauu)
4. Harga mampu milik (Masya Allah, kebiasaannya saya lihat harga tudung labuh sampai RM60 ke RM 100, yang ni harganya bawah RM 60 inshaa Allah)
5. Tidak perlu ironing yang serius. (ini penting ya, sebabnya saya juga pemalas bab iron tudung ni)
6. Tak perlu pin (sebenarnya lihat pada penggunaan kalian, macam saya dan rakan, kami memang tak pin dah la.. hehe)
Dan beberapa hari lepas juga, saya telah selamat berdaftar sebagai ahli EHPS atau Ieda Hassan PS tu saya terlupa pula, tapi tak mengapa saya beritahu kemudian, aci ya?
Di bawah EHPS ini, beberapa produk yang amat saya gemari ialah Adara Foundation, set asas kecantikan wajah iaitu CB769 dan SPV iaitu supplemen kecantikan dan dalaman wanita. Allahu best sangat produk ini kerana harga yang murah, bebas bahan kimia, halal dan amat berkesan. Saya sendiri dah cuba khasnya Adara foundation tu, memang best. Lain dari apa yang saya pernah cuba. Inshaa Allah saya kongsikan review bersama Adara foundation ya.
Okay, jadi sebenarnya ada dua sahajalah penambahan produk baru dalam bisnes online saya ni. Kenapa tambah? Satu kerana saya merasakan sudah masanya untuk melakukan penambahan aset sambil dakwah kecil saya ini, (doakan ya) keduanya, kerana minat. Minat sangat tentang produk kecantikan ini kerana saya memang sukakan penjagaan kecantikan ini berasaskan bahan semulajadi dan apa yang saya amalkan dan mampu memberikan kecantikan kulit pada diri saya, saya mahu kalian juga rasakan dan gembira akan perubahan itu juga. Saya pakai, saya jual. Ok?
Inshaa Allah, kita doakan yang terbaik buat diri masing-masing ya. Semoga ketemu lagi di lain entri.
Admin
Emme Marina
0189100852
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan