Alhamdulillah. Semalam hubby ajak ke kuantan menemani beliau bermain bola sepak. Tidak tahu pula padang bola tu di sebelah UTC sahaja.
Apalagi, bila tengok sahaja bangunan UTC terus teringat yang saya sudah lama nak daftar baru perniagaan untuk lesen SSM ni. Kan pelbagai ura tentang wajibnya peniaga-peniaga online perlu ada lesen perniagaan. Jadi kenalah ada satu.
Saya hanya menggunakan pemilikan nama sendiri sahaja bagi lesen perniagaan ini. Murah. Hanya RM 40.60. Yup, RM 0.60 ialah cas GST. Tetapi katanya bila nak renew lesen nanti tiada GST, hanya RM 40.00.
Renew lesen perniagaan tidak perlu ke kaunter, anda boleh terus renew online melalui emel.
Tahukah anda bahawa pendaftaran perniagaan kini sudah tiada online? Anda wajib ke kaunter SSM untuk membuat lesen perniagaan yang baru. Menurut pihak SSM, ini kerana ramai pula "hantu" yang membuat lesen perniagaan apabila lesen ini boleh dibuat secara online.
Betul jugak kan?
Kita juga yang jadi mangsa penipuan ni nanti. Biarlah kita bersusah payah sedikit untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM ni. Lagipun UTC dibuka sehingga jam 10 malam. Maka, anda ada pilihan waktu lebih lama jika siang tidak sempat menguruskan pendaftaran lesen perniagaan SSM.
Adakah anda sudah mendaftar perniagaan anda? Tidak kiralah status bagaimana. Online ke offline ke. Walaupun dropship anda patut ada satu lesen perniagaan. Dengan lesen ini juga, pelanggan akan lebih yakin membeli dengan anda.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan