Seriously saya amat suka memakai inai. Aktiviti wajib semasa cuti sekolah rendah lagi mesti nak berinai. Masa tu, rumah maklong ada pokok inai. Haa, apa lagi. Asal balik Labis, Johor je berinai lah saya.
Menumbuklah kami dengan nasi, arang adakalanya letak perahan limau pada inai daun tersebut. Pelbagai resepi supaya inai kekal lama dan paling penting merah menyala!
Terima parcel dari abang posmen lebih kurang jam 2 petang tadi. Anak-anak dah tak menyabar. Haruslah melayan karenah mereka dahulu. Mulanya nak siapkan blog Amal till Jannah tetapi disebabkan internet kurang elok maka saya pon turut serta la sekali. Hehe
Amat tertarik dengan warna inai dari @projecthenna. Maka, saya pon orderlah rabu lepas. Khamis mereka pos, hari ni jumaat dah dapat.
Yippieee
Memang senang nak apply inai kuku ni. Walaupun jari anak-anak ni kecil molek je. Tapi siap cepat je.
Giliran mama pula mencuba inai celup.
Pertama kali saya cuba inai celup ni. Mak ai, kalernya terang gelap macam tu. Mula-mula nak pakai saletapkan dulu jari-jemari ni. Anak tolong jugak tau. Gengla katakan.
Memang saya tak reti pakai. Inainya cair. Jadi kenalah berhati-hati supaya inai tak jatuh pada kain atau karpet. Karang comot pulak.
Jakun gitu kan. Saya amik masa 1 jam lebih juga biarkan inai ni kering kemudian barulah membasuhnya dengan air paip biasa je.
Hasilnya amat-amat memuaskan!
Harga pon murah tahu inai celup ni. Boleh pakai banyak kali. Suka sangat-sangat dengan kaler inai yang merah menyala. Rasa macam pengantin pulak.
Tengah mengandung ni galak melawa ye tak. Ampun...
Jika anda juga peminat inai, atau sedang cari inai ha. Saya rekomen orderlah dengan @projecthenna ni. Tak rugi sebab memang puas hati.
Korang tengok ig depa ni la ye.
Jangan segan-segan.
Saya saja je review ni sebab memang tak patut tak diberitahu.
Selamat mencuba dan bersuka hati u ols.
Jumpa lagi di lain entri ya. Terima kasih sudi baca entri projek menginai kami anak beranak. He
Tiada ulasan:
Catat Ulasan