Lampu Meja Tanpa Wayar Serbaguna

Pada entri yang lepas, saya ada maklumkan antara salah satu keperluan ruang ofis SOHO saya masih memerlukan lampu meja.

Dengan kemudahan lampu meja, dapatlah jimatkan kegunaan lampu bilik di siang hari dan tidak perlu tidur dalam keadaan lampu terpasang apabila belajar hingga lewat malam. Iya kan?

Meja kerja ni kami letakkan di bilik utama, digunakan oleh saya hampir sepenuh masa juga suami. Kebiasaannya suami akan gunakan ruang kerja ni hingga lewat malam. Disebabkan ketiadaan lampu meja maka terpaksalah saya tidur dalam keadaan lampu bilik terpasang. Pedih mata hendak tidur. Tidur juga tidak lena dibuatnya kan?

Hendak keluar mencari lampu meja memang tiadalah. Apa lagi kita beli sahaja secara online.
Kebiasaannya saya shopping di lelong.com.my. lebih suka membeli belah secara online di lelong berbanding lazada. Pembelian adalah lebih cepat dan semuanya ready stok di Malaysia. Jika di lazada, kebanyakkan barangnya dari luar negara.

Godek punya godek. Tertarik dengan lampu meja ni. Comel pun ya. Saya ambil yang basic sahaja.


Saya sebenarnya tidak perasan yang lampu ni tanpa wayar. Dah sampai baru tahu. Bagus juga. Lebih menjimatkan elektrik. Hanya perlu recas apabila bateri lampunya habis.

Lampu ni sangat comel. Nipis dan tidak makan ruang yang banyak. Menggunakan lampu jenis LED. Terdapat dalam 3 jenis pencahayaan. Malap, sederhana dan terang. Tetapi ianya tidak menyakitkan mata.


Ketika recas, lampu recas akan kelihatan.

Menarik kan?

Amat berpuas hati sebenarnya.

Dipendekkan cerita,dapat sahaja lampu ni. Lampu dapur rosak pula. Malap sahajalah dapur tu nak masak semalam.

Apalagi teringat lampu ni dah ada. Pasangkan terus semasa memasak. Tidak memerlukan wayar untuk digunakan amatlah membantu. Lega tahu masak :)


Romantik gitu suasana di dapur.

Jika kalian rasa lampu ni sangatlah best, bolehlah ke lelong.com.my dan search lampu meja atau table lamp. Boleh juga cari kata kunci jenama lampu tersebut.

Saya tidak tahulah harganya murah ke mahal sebenarnya kerana tidak membuat survey harga sebelum membeli.

Ada 3 jenis pilihan lampu ni, saya pilih yang paling basic. Harganya dalam RM 30 ke atas. Maaflah nampak sangat saya dah lupa harganya.

Manalah tahu anda juga sedang mencari lampu meja seperti mana saya. :)


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan