Assalamualaikum semua, sahaja saya berkongsi kerana Allah taala.
Janji Allah adalah pasti. Setiap manusia telah dikurniakan rezeki mengikut bahagian masing-masing tanpa kita sedari. Rezeki bukan sahaja matawang semata-mata atau harta benda yang mewah. Tetapi paling penting setiap kurniaan kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan setiap urusan dan hari kita itu memperoleh keberkatan.
"Nikmat manakah yang kamu dustakan? "
Ayat ini disebut berulang-ulang dalam surah Ar-Rahman.
Janganlah kita bersedih dan mengeluh kesah akan kesusahan yang menimpa diri kita. Lebih baik kita muhasabah diri dari menyalahkan diri sendiri atau orang lain, ini kerana tidak pernah ada kebaikkan dalam perbuatan menyalahkan orang lain akan sesuatu yang menimpa diri kita.
Mari saya kongsikan 8 jenis rezeki yang Allah berikan kepada kita dari saat kita dilahirkan.
LAPAN JENIS REZEKI
1. Rezeki Yang Telah Dijamin.
_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)
2. Rezeki Kerana Usaha.
_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)
4. Rezeki Tak Terduga.
_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)
5. Rezeki Kerana Istighfar.
_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)
6. Rezeki Kerana Menikah.
_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)
7. Rezeki Kerana Anak.
_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah.
_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan