Ampaian Berguna Semasa Musim Hujan

Hujan lebat mula turun sejak sabtu pagi yang lepas. Saya terjaga seawal jam 4 pagi, guruh dan kilat menggoncang sedikit sehingga saya terjaga. Mujur anak-anak tidak terjaga, lena sahaja.

Ampaian ini saya tempah sendiri mengguna duit hasil bisnes online melalui blog. Alhamdulillah, memang sudah lama saya idamkan untuk memiliki ampaian ini.

Apabila miliki rumah bawah dan berbumbung, anak-anak bertambah memang tidak cukup memakai ampaian yang jenis sangkut. Sebenarnya ampaian kami sebelum ni bukanlah ampaian baju pun. Ianya tempat menggantung baju-baju saya tetapi disebabkan tiada bajet untuk menempah ampaian khas maka impian itu ditangguhkan.

Alhamdulillah, apabila saya mula mempunyai pendapatan sendiri sebagai surirumah. Saya mula menyediakan senarai keperluan barangan rumah yang saya rasakan amat perlu untuk kami miliki.

Ampaian ini agak mahal. Apabila survey, harganya sekitar RM 300 ke RM 500. Memang mahal kan?

Mungkin juga rezeki anak dalam kandungan ni, ampaian sepanjang 8 kaki dan 2 tingkat mempunyai 3 sidaian atas dan bawah kiri dan kanan menjadikan jumlah sidaian sebanyak 12 sidaian beserta tambahan sidai untuk digantung semuanya RM 200 sahaja. Allahu. Murah rezeki. Menurut supplier tersebut, biasanya ampaian ni hanya 6 kaki sahaja. Tetapi rezeki dari Allah, saya dapat dengan harga yang amat murah. Memang bersyukur sangat-sangat.

Dengan kelahiran anak ke empat beberapa minggu lagi insha Allah. Sekarang saya sudah 37 minggu, pasti memerlukan lebih luas ampaian buat kami sekeluarga.

Kalian bagaimana ya? Suka ampaian yang begini juga?


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan