I AM EXCLUSIVE DROPSHIP
(Part 2)
dah baca part 1?
kalau belum, kena baca part 1 dulu.
Saya perasan majoriti kesilapan dropship yang nak untung besar adalah jual banyak2 produk.
Dah jual produk A, lepas tu jual plak Produk B.Nampak plak ni margin produk C tinggi,jual jugak. Esok lusa nampak produk D plak dah. Eh eh ada peluang baik ni, ambik la dropship produk E plak.
Last last pening tak tau nak promote yang mana satu
ok sebenarnya tak salah nak jual produk lebih pada satu. Maximum saya bagi 3 ja untuk anda yang macam2 rasa best ni.
1 - pilih produk yang margin rendah tapi orang senang beli. Contoh keuntungan rm1 tapi orang sekali beli 5 dan orang tak ralat nak beli.
2- Cari produk yang margin tinggi, walaupun sorang ja customer beli tapi sedap.
3- cari produk yang margin tengah2.
Saya faham dropship ni sebenarnya nak cari duit untuk bayar sewa rumah, untuk bayar kereta, untuk beli barang anak sebab saya pun pernah di situasi yang mana dapat profit dari dropship berapa ratus sebulan pun dah melompat seronok.
Dan saya faham bukan hangpa saja saja nak jual banyak2 produk, hangpa baru nak start meniaga, friends facebook pun baru berapa ratus, hat ada tu pun belum tentu lagi nak support kan.Dan hangpa perlukan duit untuk bulan tu, so hangpa rasa mana ja ada peluang, hangpa grab.Tapi bila berlambak sangat pun, hangpa pun pening satgi.
Dan walaupun 3 produk tadi, hangpa kena menjiwai apa pelanggan nak dengan produk tu.
Cara paling mudah, try dulu sendiri ok.Masa saya awal2 jadi dropship, saya hanya jual 3 produk sahaja, Namun saya akan fokus promote pada produk yang mana satu senang dapat jualan.
lagi 2 produk tu backup dalam album photo.Buat asing2 album.
untuk produk mana satu dulu saya nak naik ejen, saya akan pilih produk yang selalu dapat customer, untuk dapatkan margin yang besar.
Biasa kategori produk A ni modal ejen tak tinggi sebab produk murah. Dalam lingkungan RM200-300
so kerja saya adalah rekod setiap kali ada customer beli. Berapa dia bayar, berapa modal bayar dekat suplier, berapa profit saya.
supaya saya alert berapa dah dalam saving saya.Dan saya mudah untuk buat pengiraan Kalau saya nak naik ejen dengan cepat, saya kena dapatkan berapa orang pelanggan supaya profit tu cukup untuk saya upgrade ejen.
faham kan?
Dan saya tak aim rewards diri nak beli apa2 untuk saya.
TAK!
saya fokus untuk kumpul modal naik ejen.Kalau lah saya nak jadi ejen untuk produk A, dan nak tunggu profit produk A lambat sangat, profit produk B secara tak langsung membantu saya untuk cepatkan lagi upgrade ejen.
katakanlah profit produk A RM 1
sekali orang beli dapat RM5
produk B Profit RM50
produk C profit RM15
dan saya nak naik ejen untuk produk A dulu sebab kos ejen rendah iaitu RM100 dan selalu dapat pelanggan serta margin bila jadi ejen jual dekat pelanggan RM5.
maka saya hanya perlu dapatkan pelanggan produk B 2 orang sahaja.
faham kan contoh saya?
Bila matlamat dan cara pun jelas. Kita akan usaha untuk closedkan pelanggan.Kita takkan buat bisnes kita main main.
kalau dari dropship hangpa dah start merekod jualan dan disilpin bab kewangan serta teliti dengan perancangan apa yang hangpa nak jual.
Hangpa akan jadi stokis yang superb nanti sebab percayalah, berapa ramai stokis yang tak rekod pun jualan depa. Ada yang rekod time rajin ja.. lepas tu gaduh, awat la tak jadi jutawan.
Credit to Marziana Shukrikri
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan