Sebenarnya saya masih belum ada momentum untuk berkongsi akan kejayaan saya berniaga sebagai seorang surirumah. Bagaimana saya menguruskan kehidupan seharian dan menjana pendapatan secara online sahaja dengan konsisten.
Saya suka membaca post-post status mentor saya iaitu Tuan Bukhari Ramli. Setiap kali beliau mengetuk kami, para-para peniaga ini ialah agar sentiasa kembali kepada asas.
Asas perniagaan itu apa?
Asas perniagaan itu ialah bukan menjual sesuatu produk, tetapi bagaimana kita mampu mengenal pasti masalah dan mampu menyelesaikan masalah tersebut menggunakan produk yang kita jual. Kenali pelanggan. Belajar tentang pelanggan. Jadi pelanggan.
Walau segempak mana pun produk kita. Dutanya orang popular, artis atau sultan sekalipun. Ia memerlukan viral yang amat hebat barulah "nama produk" itu terjual. Jika tidak, tiada siapa akan tahu akan kewujudan produk mahupun kehebatan produk tersebut.
Maka anda tetap perlu memahami bagaimana untuk menjual produk hebat tersebut? Betul?
Jadi, petang tadi di group telegram produk Foundation Miracle Flawless Mira Filzah, sedikit sebanyak saya cuba membantu ahli group walaupun itu bukanlah team di bawah saya. Kami semua bersama-sama dalam satu kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi testimoni Foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni. Berniaga secara jemaah namanya. Di bawah syarikat yang mengeluarkan produk ini.
Pelbagai isu dikeluarkan, antaranya bagaimana menjual foundation MF ni. Bagaimana menguruskan pelanggan yang tidak mahu membayar postage. Bagaimana mahu menjual secara online?
Kebanyakkan soalan-soalan ini pada satu ketika dahulu, merupakan satu kepayahan dalam diri saya juga. Berdenyut-denyut dan tidak tidur memikirkan bagaimana saya dapat menjual sesuatu produk?
Bagaimana nak buat sale?
Kenapa orang lain boleh buat, tidak pada saya?
Lalu saya belajar dengan mentor A, mentor B, hadiri kelas-kelas online, membeli ebooks dan sebagainya demi memahirkan diri dalam memahami bisnes dan marketing itu sendiri.
Benarlah kata mentor Tuan Bukhari Ramli, apa yang saya pelajari dengan mentor Kawaras Yahaya juga.
Produk Power ialah produk yang berkesan dan terkesan pada pelanggan.
Produk Power BUKANLAH produk yang mempunyai ciri hebat.
Apa pun...
Produk hanyalah asbab untuk memenuhi syarat pelanggan.
Jalan: produk. Destinasi: pelanggan.
Product is nothing.
Jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang marketing, silalah follow beliau.
Saya sehingga kini masih follow :)
https://www.facebook.com/bukhariramli?fref=ts
Semoga entri ini dapat membantu kalian semua. aamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan