Mula Berniaga di Shopee

Bismillah. Tahun 2017 kita mahu mendominasi pemasaran secara talian sepenuhnya. Online marketing.  Ianya tidak semudah atau sesukar yang disangkakan. Apa yang penting keinginan untuk mahu berjaya dan mengubah taraf kewangan keluarga ni kena kuat dan wajib kental.


Tidak mengapa jika kita tidak pandai dan laju berfikir. Tetapi kerajinan dan rajin belajar itu bakal membawa kita ke arah kejayaan.


Menggunakan shopee sebenarnya bukanlah di dalam senarai medium online yang saya gariskan. Mungkin kerana kita kurang pendedahan dan lebih teruja dengan Lazada. Sedangkan sebenarnya setelah join Shopee ni, bagi saya kaedahnya adalah lebih baik berbanding Lazada.


Sebagai pembeli online tegar, menariknya mengenai Lazada ialah terdapat pelbagai koleksi barangan daripada barangan rumah, pakaian, elektronik dan bermacam lagi. Kaedah pembayaran juga mudah serta kebanyakkan barang adalah percuma penghantaran. Saya sendiri antara shoppers Lazada ni sebenarnya.


Apa bezanya Lazada dengan Shopee Shop?




1. Apa yang Lazada tawarkan ada di Shopee shop termasuklah servis penghantaran percuma dan jimat.
2. Shopee shop memperkenalkan konsep mesra pembeli dan pelanggan di mana kita boleh berinteraksi secara terus.
3. Konsep followers yang menarik. Bermakna jika kita sukakan kedai tersebut dan mahukan update dari kedai,  kita boleh follow mereka.


Bagi saya konsep Shopee ini sangat bagus kerana gabungan konsep Lazada dan Instagram.


Ada hashtag produk, followers dan chat. Dan kita sebagai penjual juga mendapati konsep Shopee ini sangat membantu memasarkan produk jualan kita. Selain fungsi yang telah saya sebutkan, shopee menawarkan fungsi "boost" produk secara percuma setiap 4 jam, rebate postage, dan anda boleh berniaga di Shoppe secara percuma sahaja!



Jadi tak perlulah tunggu tawaran seperti Lazada baru boleh masuk sebagai penjual kan?





Sudah mendaftar di Shopee shop? Rugi tak daftar tahu.  Barangnya murah dan anda jika tidak yakin boleh terus hubungi penjual.  Hah. Bestkan?


Konsep belian secara terus, mudah dan selamat secara online.


 https://shopee.com.my/emmemarina


Nak lihat bagaimana kedai online saya di Shopee shop? Jomlah membeli belah di sini. Support saya tahu dengan klik follow :)


Dapatkan ebook percuma Panduan Bisnes di Shopee. Ebook ini merupakan perkongsian dari saya sendiri.



http://nak.la/ebooksshopeefree



Terima kasih!

Share:

21 ulasan:

  1. Mudah tak untuk key in barang? Ada service charge ke? ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam wanie. maaf lewat reply. mudah sahaja proses di shopee. tiada hidden atau servise cas. bagi saya shopee mmg terbaik. urusan pengeluaran duit peniaga juga mudah. semuanya di depan mata anda :)

      Padam
  2. boleh bantu sy cara yg btl utk berniaga di shopee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai anizah, insha Allah boleh. Niza boleh terus whatsapp saya di 0189100852. Jika kelapangan nanti saya buatkan tutorial juga, insha Allah

      Padam
  3. kalau berniaga di shopee, pengeluaran duit peniaga akan diberi selepas brg sampai ke tgn penerima ke? maksudye kita perlu dulukan duit kita jika kita hanya dropshipper yg menjual di shopee?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika anda dropship anda harus dahulukan duit ke supplier. Paymen kepada anda akan direleasekan setiap hari rabu (perlu setting) dan hanya apabila pelanggan selamat menerima. Ada juga pelanggan yang tidak tekan butang terima namun kita sudah proses order dan lakukan pengeposan tetap duit akan dimasukkan ke akaun kita di shopee. cuma lewat atau cepat sahaja. Lagi cepat pembeli menekan received maka cepatlah anda terima wang tersebut. Namun, duit akan masuk dahulu ke ewallet kita di shopee dan barulah ke akaun bank kita.

      Padam
  4. Salam kenapa shoppe sy bermasalah bila orang nk bt pembayaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. seharusnya tiada masalah sis. sebab cust direct ke shopee bukan akaun kita. selagi shopee tiada masalah selagi tu semua pembayaran berjalan lancar. mungkin pembeli yang tidak tahu caranya. ada banyak cara boleh dibuat di shopee

      Padam
  5. salam sis, boleh ajr sy cmne nk start berniaga d shopee

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh follow di blog ada tutorialnya :) semoga membantu

      Padam
  6. slm sebelum nak join menjadi seller di shopee, adakah perlu mendaftar perniagaan online di SSM.Mohon pendapat.

    BalasPadam
  7. Tumpang tanya, berkenaan dropship. Jika ada pembelian, supplier yang akan pos barang pada pelangan. macam mana dropship nak set part shipping tu ea? perlu masukkan normal rate ke? sebabnya pasti supplier akan pos laju yang biasa. Terima kasih..


    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak kira dropshipper atau stokis itu sendiri, anda perlu letakkan rate cas yang betul bagi kos pengeposan anda. Kerana itu nilai yang akan anda bayar kepada supplierkan? contoh sabun dms RM40. cas pos RM8 sem/ rm 11 ss, jadimasukkan sahaja harga dan kos pos tu semasa kita nak isikan produk details nanti. Awak harus cuba untuk upload produk dan baru tahu perjalanan nya bagaimana.

      Padam
    2. untuk rate, sila follow supplier punye rate la senang kan? :)

      Padam
  8. Mohon tanya sis. Di shopee, boleh ke kita buat bisnes Dropship dari shopee ke shopee direct? Contoh, sy iklan di shopee, dapat order dari customer, & sy terus order Dari supplier dr shopee juga. Ada ke Cara begitu? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh sis. tidak dibenarkan sama sekali. dropship tapi supplier luar boleh

      Padam
  9. Nk tya klu sy nk jual brg makanan cth: kek blh ke.brg tu nti kita yg akan poskan ke.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.
    Kalau sy dropship brg & jual di shopee sy tak perlu print consignment note sendiri kan.sebab brg tu dropshipper yg poskan.so means sy just perlu masukkan tracking num saja..betul ke mcmtu?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. boleh saya tau shoppe ada ambil komisyen tak atau apa2 cas sbb kita guna platform shoppe utk berniaga

    BalasPadam