Assalamualaikum,
Adakah anda sedang mencari alas tilam katil anda bagi mengelakkan masalah anak kencing malam? Tilam kotor? Warna tilam pudar dan berwarna kuning?
Saya sering hadapi masalah-masalah ini setiap kali kelahiran anak baru, anak yang sedang membesar dan sedang belajar berdikari tanpa memakai pampers.
Masalah anak kencing malam
Masalah anak bocor pampers tengah malam
Masalah bayi kerap muntah
Selain dari tu,
Masalah tilam basah dengan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. Masalah apa ya?
Siapa ada anak-anak kecil mungkin sudah boleh mengagak. Ya. Masalah anak main air atau air minuman atas katil pun ada.
Dipasaran alas cadar katil paling murah dan berwarna putih biasanya berharga sekitar RM60 ke RM199 bergantung pada size. Selalunya harga RM60 ni untuk size alas tempat tidur anak-anak sahaja. Bukanlah menutup keseluruhan tilam kita.
Masalah juga tu kan? Jika anak tidur lasak pastilah mereka akan tidur di luar kawasan alas waterproof tadi. Sudahnya bahagian lain tilam ibu dan bapa tetaplah tercemar dengan air kencing atau pampers bocor anak-anak.
Femes juga cadar ni pada beberapa tahun yang dulu. Harganya dalam RM60. Mulanya saya nak belikan untuk anak tetapi akhirnya tidak jadi kerana asyik memikirkan harganya dan tidak cover penuh seluruh tilam.
Produk ini masih lagi di pasaran :)
Saya gunakan alas tilam waterproof ni untuk cadar kami. Kerana anak yang berusia 3 dan newborn tidur bersama.
Bahagian bawah alas tilam waterproof
Mudah sahajakan?
Alas tilam waterproof ini tidak akan lari-lari di atas tilam anda kerana ada tali getah di empat penjuru.
Nak basuh bagaimana?
Cara basuh alas tilam waterproof ni mudah sahaja. Ambil air, lapkan dan bilas di tempat berkenaan.
Cara saya gunakan alas tilam waterproof ni?
Seperti gambar di atas, saya alaskan alas tilam ni di atas katil kemudian barulah saya alaskan cadar patchwork saya pula. Jadi selamatlah katil dari masalah basah.
Cadar kita boleh basuh dan tukar kan? Jika tilam setinggi 8 inci anda nak angkut atau basuh di luar?
Nak tunggu kering lagi. Masalah bau hancing tilam lagi akibat anak kencing malam dan pampers bocor kan?
Memang ke sudahlah kita tak angkut tilam ni. Cuci memang cuci tapi permukaan sahaja. Bukan dalam tilam tu sekali. Setuju?
Nak cuci pakai sabun? Tiada masalah. Juga boleh terus basuh dalam mesin basuh.
Haha. Ni sayalah tu. Tak rosak materialnya ya.
Saya juga gunakan alas tilam size S untuk bayi saya. Setiap kali kami mahu mandikan dan tukarkan pampers bayi di rumah. Kami akan alaskan bawah bayi dengan alas tilam waterproof. Memang kena lipatlah. Sebab saiz S ni ialah sais tilam supersingle
Puas hati la boleh kecilkan dan besarkan saiznya. Memang banyak kali dah bayi kami terpancut kencing semasa kami buka pampersnya. Mujurlah pakai alas tilam waterproof ni.
Jika berminat dengan alas tilam waterproof ni.
Bolehlah dapatkan dengan saya jual. Saya pakai dan saya jual. Insha Allah
Alas tilam ni terdapat dalam 3 saiz
1. Single
2. Queen
3. King
Harganya pun sangat berpatutan dan murah.
Untuk lihat koleksi alas tilam patchwork ni. Klik link ni ya :)
Check out this blog "Alas Tilam Waterproof (Kalis Air)" http://www.emmemarina.com/2017/03/alas-tilam-waterproof-kalis-air.html
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Masih jual lagi ke.sy klik link tu tak dapat bukak
BalasPadam