Saya Suka Susun

Bismillah.
Assalamualaikum semua.

Baru saya sedar bahawa saya seorang yang suka menyusun dan mengemas. Tiadalah,  memang beginilah saya dari dulu. Bila sudah bosan dengan susun atur bilik, meja, almari dari zaman universiti dulu lagi memang kerja saya menyusun sahaja.

Di rumah sendiri usah bicaralah. Cumanya, tidak saya sedari yang kebosanan ni semakin kerap bila saya jadi surirumah sepenuh masa.

Balik sahaja di rumah suami akan angkat kening. Hehe

"ubah lagi"
"tambah lagi"

Paling best,

"beli lagi"

Adakalanya itulah yang berlaku lebih-lebih lagi apabila rasa tertekan dengan bisnes. Tertekan dengan emosi dan anak-anak. Mulalah rajin tangan ni membuat kerja. Terapi hati dan emosi serta pencetus idea baru.

Jika boleh di hashtag, hashtag #terapiinstagram. Gitu.

Minggu cuti sekolah ni, anak-anak bantu saya menyusun dan mangemas rumah. Alhamdulilah, boleh dah bantu mama.


Membeli rak 5 tingkat dari ikea. Huhu. Beli dari personal shopper ikea. Okaylah, dari pergi sana sendiri dan bersesak kan?

Sekarang dapur nampak lebih bersih,  kemas dan sedap mata memandang. Hijau tu penting tahu.

Tahu tak dapur tu kami buat sendiri. Suami kontraktor dan design. Saya penolongnya. Masya Allah, memang kerja berat betul.

Dari kaunter, almari, sinki dan semua di dapur itu kami buat sendiri. Dua minggu baru siap. Itupun laci akhirnya sampai sekarang tak buat-buat lagi. Huhu. Cukup dua minggu suami demam. Terus saya kemas bilik dan barangan pertukangan. Ada rezeki lain kali lah jawabnya suami saya sambung. Hehe. Dah hampir 3 tahun sayamku.

Isterimu masih menunggu lacinya dipasang. Hehehe

Nak tahu bagaimana kami buat sendiri kabinet dapur kami?  Kena tunggu lain entri lah gitu.

Sambil menaip ni, sambil bermasker.

Wakil jualan DMS360 haruslah jaga muka kan? Uhukks


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan