Surirumah dan Kerjaya

Bismillah.

Salam sayang semua. Yang sedang membaca entri ni surirumah atau bekerja hakiki ya? Apa yang anda sedang fikirkan saat ini?

Pada suatu ketika, saya merasakan saya wajib mempunyai kerja sendiri atau lebih tepat, bekerja di luar bagi membantu suami. Di dalam tempoh pengajian sarjana selama 4 tahun ni, alhamdulillah, dengan jayanya kami berjaya mengharungi pelbagai detik kesusahan khususnya masalah kewangan dengan saya yang tidak bekerja malah seorang pelajar lagi.

Dan dalam tempoh pengajian ini juga saya telah melahirkan 3 orang lagi cahaya mata. Masya Allah. Bayangkanlah berapa banyak pula tanggungannya.

Dengan penggunaan wang harian di universiti, yuran bulanan taska anak-anak, pinjaman kereta persendirian, yuran semester. Tidak dapat nak dibayangkan. Suami tidak perlu disebutlah dengan pinjaman-pinjaman dahulu lagi sudah membebankan beliau sehingga gaji bulanan sahaja.  Hmmm. Usahlah disebut. Begitulah kami. Sekadar sahaja. Guna apa yang ada. Nikmati apa yang ada.

Sebab itulah, saya mula berniaga. Saya pilih menjadi seorang peniaga online dengan menjual barangan orang lain bahasa lainnya, dropshipper. Mudah sahaja. Anda rajin beriklan kepada rakan-rakan dan semua jenis medium internet, dapat tempahan dari pelanggan, anda bayarkan kepada pembekal dan pembekallah yang akan menguruskan pengeposan barang kepada pelanggan tadi. Pelbagai jenis produk saya jual tahu, baju, tudung, jubah, produk kecantikan, produk kuruskan badan. Macam-macam.

Syukurnya dalam sepanjang proses ini saya merasakan inilah tempat saya yakni berniaga secara online sebagai dropshipper. Mulalah saya belajar ilmu-ilmu marketing secara serius dan saya anggap bisnes ini produk saya sendiri. Anda milikinya. Dengan cara itu, anda dapat berusaha sebagaimana gigihnya peniaga-peniaga lain yang pegang stok mereka sendiri. Benar?

Ini juga antara rahsia kejayaan saya. Anda buat anda pasti berjaya.

Menjadi surirumah pula sambil berniaga bukanlah mudah. Masya Allah susahnya. Adakalanya hingga ke hari ni, emosi khususnya masih tidak stabil. Apabila bekerja kita perlukan fokus. Nak beriklan, mencipta idea, hatta penulisan saya pagi ni. Ianya memerlukan sedikit ketenangan cuma dari kebingitan dan hingar bingar tangisan dan jeritan anak-anak. Penting ya, kita mahu melakukan kerja dan menguruskan pelanggan setiap hari. Aura positif kena ada. Dan ini melibatkan emosi kita semua. Jadi apa patut kita lakukan dengan situasi ni? Apa yang biasa saya lakukan, beristigfar,  bertenang dan bermain dengan anak-anak kemudian barulah menyambung kembali kerja.

Emosi dan keperluan anak harus didahulukan jika tidak anda bekerja dalam suasana yang amat tertekan. Tidak salah untuk tutup kerja anda dan bersama anak-anak. Bukankah itu tujuan asal kita semua bekerja di rumah? Jadi bila sudah bekerja di rumah kenapa pula anak dipinggirkan?

Sebagai surirumah berpendapatan sendiri, berniaga dari rumah ni. Kita tetap surirumah. Tugsan di rumah wajib dilakukan. Mengemas, memasak, mengasuh ini semua tugasan kita. Lakukan dan jadualkan supaya anda mampu menguruskan tugasan harian dengan baik sekali. Utamakan perkara yang penting dan mulakan pekerjaan anda dengan tenang.

Allah itu maha baik. Kita surirumah nak berniaga bukan sebab nak kaya raya. Tetapi nak bantu suami kan? Mintalah pada Allah agar segala urusan kita pada setiap hari berjalan lancar dan rezeki mencurah-curah buat keluarga kita. Pasti Allah bantu kita semua.

Masih tidak yakin? Hehe. Teruskan mengikuti kisah perjalanan saya di blog ya. Mana tahu terinspirasi pula. :)


4 orang puteriku yang amat comel tetapi nakal
Tugasan kerja mama semalam. Menyiapkan entri di blog jualan dms360, shopping store dms360 dan menulis entri di blog ini juga.
Menyantuni pelanggan dms360. Mereka semua ni dari blog, bagaimana saya tahu? Sebabnya saya memang tak pernah menjual produk dms di facebook. Instagram pula sepi. Saya mula beriklan produk dms ni di blog.

Cukuplah dahulu entri pagi ni. Semoga bertemu di lain entri ya.


Share:

1 ulasan:

  1. Memang selalu saya baca blog ni.. Sebab bagi saya inspirasi.

    BalasPadam