Temujanji Sebulan Ibu dan Anak

Bismillah.

Terasa pantas benar masa berlalu.  Tanggal 10 februari yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan seberat 3.0 kg di HTAA, Kuantan.  Alhamdulillah, selepas sehari berkampung di wad menahan sakit kontraksi akhirnya pada jam 9.09 pagi berakhir sudah penantian selama 9 bulan mengandung. 

Puteri Qhaira Sofia nama diberi bagi anak perempuan keempat kami.  Mukanya seiras betul dengan papa. Semalam semasa menunggu angka giliran dipanggil,  seorang wanita yang lebih tua menegur saya. 

"anak sudah berapa hari?"
"sebulan dah makcik"
"owh,  takde muka kamu langsung"

Errkk.  Hehe.  Biasa sudah, ikutkan kesemua anak perempuan saya semasa kecil memang langsung tidak menyerupai saya. Adalah sekarang bila kakak Balqis dan Qaireen sudah besar, irasnya kelihatan. Eh ye ke?


Macam tak serupa je kan? Tak mengapalah, muka papa pun jadilah.

Temujanji sebulan untuk saya dan anak, timbang,  cek tekanan darah, dan beberapa ujian untuk ibu juga pada temujanji ni. Qhaira pula dicucuk sebulan vaksin. Alang-alang tu, saya turut mengambil perancang keluarga iaitu melalui cucuk 3 bulan. Risau juga bab hormon ni kerana hormon saya biasanya tidak stabil.

Jika kurang sesuai period akan mula tidak teratur dan lebih hari dari kebiasaan. Hampir selama 7 tahun ni, saya merancang keluarga dengan mengamalkan pil perancang sahaja. Sudah agak letih kali ini untuk merajinkan diri mengikut jadual pemakanan pil perancang.

Harapan saya agar serasilah injektion ni. Semalam selepas bayi Qhaira dicucuk.  Ya Allah,  mengamuk agaknya atau kurang selesa. Seharian saya tidak dapat melakukan kerja dengan baik kerana bayi meragam. Menangis sahaja dan tidak mahu diletakkan. Mahu mengempeng dan tidur di badan. Ingatkan apabila siang tidak dapat tidur malamnya lena kerana keletihan. Tidak juga!

Mata dan fizikal saya sudah keletihan amat. Setelah beberapa lama cubaan menidurkan bayi,  akhirnya kami terlelap juga. Terasa sangat badan ni sudah tidak larat. Dahulu anak kedua dan ketiga lagilah,  sepanjang pantang tidak boleh tidur malam kerana anak tidak tidur. Yang kedua,  malamnya resah, ketiga pula malamnya mahu dipeluk dan mengempeng sahaja.

Setiap anak dan kelahiran berbeza situasinya. Kita hadapilah dengan sabar dan sentiasalah tersenyum.  Dengan itu, hati kita juga mampu bertahan walau adakalanya semasa berpantang ni banyak sungguh cabaran emosi. Banyakkan istigfar dan berselawat ya.

Insha Allah,  urusan kita semua dipelihara oleh Allah swt. Aamin


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan